Semalam, kecoh satu video yang tular di platform Twitter memaparkan seorang pengawal keselamatan di pejabat Imigresen ‘mengamuk’ pada pihak media.
Melalui video berdurasi 1 minit yang dimuat naik di platform berkenaan, ‘security’ yang bertugas ketika itu menjerit-jerit pada pihak media yang mahu membuat tinjauan di tempat tersebut.
Sebab media ingin membuat tinjauan di tempat tersebut kerana ingin mengetahui punca pengurusan di sana yang perlahan sehinggakan orang ramai terpaksa beratur dalam waktu yang agak lama.
JUST IN
Two reporters from The Vibes were subjected to a barrage of verbal intimidation and threats at the @imigresenmy office in UTC Pudu today.
The guard is heard yelling “This is UTC! Do you understand?! Get out!” despite the reporters identifying themselves as media. pic.twitter.com/IIGTFJBxYG
— TheVibes.com (@thevibesnews) May 14, 2022
Namun, tujuan mereka terbantut kerana telah dihalau serta diugut oleh pengawal berkenaan untuk memanggil pihak polis seandainya mereka tidak beredar dan memberi masa 5 saat untuk keluar dari tempat itu.
Awak perlu ada keizinan untuk berada di sini, ini UTC, faham tak?!
Dalam pada masa yang sama, pengawal tersebut telah merampas telefon bimbit salah seorang pihak media yang merakam tindakannya mengamuk kepada mereka.
Oleh kerana perkongsiaan video berkenaan telah viral di platform media sosial itu, ramai netizen meninggalkan pandangan mereka berkenaan hal yang telah terjadi, selain daripada menasihati pengawal bertugas terbabit mengenai etika bekerja.
Netizen berpendapat tindakannya ‘mengamuk’ di khalayak umum itu seperti memakan diri sendiri kerana ia boleh saja dibincang secara elok. Malah, ada juga berkata pengawal tersebut tidak berhak untuk menghalang kerana pihak media mempunyai satu pas yang membenarkan mereka untuk membuat liputan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan.