Harimau Malaya akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan ke atas musuh tradisi, Vietnam, selepas mencatat kemenangan bergaya 4-0 dalam Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini.
View this post on Instagram
Malaysia membuka tirai jaringan menerusi jaringan sulung oleh Joao Figueiredo pada minit ke-49, sebelum disambung pemain warisan, Rodrigo Holgado menggandakan kedudukan hasil hantaran Arif Aiman.
Corbin Ong menambah derita Vietnam dengan gol ketiga pada minit ke-67 yang juga merupakan hantaran daripada Arif. Sebelum wisel penamat dibunyikan, Dion Cools melengkapkan malam gemilang skuad negara dengan gol keempat pada minit ke-88.
Sekadar info, kali terakhir Harimau Malaya menewaskan Vietnam ialah pada 2014, iaitu dalam pertemuan separuh akhir kedua yang mendebarkan dalam Piala AFF di Hanoi. Kemenangan ini sekali gus menamatkan penantian selama satu dekad untuk menundukkan skuad Naga Emas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.