March 1st, 2011

kru studios

Tinggal seminggu lagi filem Hikayat Merong Mahawangsa akan ditayangkan, kontroversi filem tersebut sudah pun bermula. Hari ini, editor hiburan Harian Metro melahirkan rasa kekecewaannya kerana pihak KRU Studios tidak menjemput pihak media cetak ke tayangan filem tersebut. Senang cakap, pihak Harian Metro sentap sebab tak dapat jemputan tengok preview filem Merong Mahawangsa.

Fikir punya fikir balik, memang ada kewajaran untuk sentap jugak. Tapi secara logiknya, tak mungkin pihak KRU sengaja tak mahu menjemput mana-mana media cetak terutamanya Harian Metro untuk menonton filem ini. Abang Nara rasa ada salah faham yang berlaku. Takkanlah pihak KRU yang sudah lama dalam bidang ini tak mahukan publisiti daripada media cetak. Itu sangat tak logik.

Sedikit sedutan kata-kata SS yang nampak hampa dengan sikap KRU ini.

[note]SS faham, kalau tempat duduk tidak cukup, pihak media cetak sebenarnya boleh menghantar jurugambar untuk membuat liputan kerana sekurang-kurangnya ia sendiri dapat membantu dari sudut publisiti positif macam SS katakan tadi.
Kenapa KRU tiba-tiba menjadi terlalu berkira? Dulu masa filem Magika, boleh pula mereka bawa wartawan ke Perlis untuk tayangan diraja? Nasihat SS, hubungan baik dengan media perlu KRU dikekalkan dan semestinya ia tidak pernah menjadi satu kerugian apabila mana-mana penyanyi, pelakon, produser dan setiap anak seni berbaik dengan pihak media. Masing-masing saling memerlukan. [/note]

Pada pandangan Abang Nara, kemungkinan besar ada salah faham antara pihak KRU dan pihak Harian Metro. Cuba try contact balik dan tanya di mana silapnya. Jangan sebab hal sekecik ini filem Hikayat Merong Mahawangsa tak mendapat promosi yang sepatutnya. Pihak produksi dan pihak media cetak saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Kalau tak bekerjasama, nanti dua-dua yang rugi. Tak gitu?

P.S: Kemungkinan besar 12 Mac (Sabtu), pihak BeautifulNara akan membuat tayangan filem Merong Mahawangsa di Cineleisure The Curve secara percuma untuk pembaca-pembaca BeautifulNara. Anda berminat nak join? Nantikan update dari Abang Nara tentang cara nak pergi menonton filem ini.


Comments are closed.

Loading...