Malam semalam dunia dikejutkan dengan berita perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza, Palestin yang pastinya membuatkan ramai khususnya umat Islam di seluruh dunia berasa bersyukur melihatkan penderitaan rakyat Palestin yang bakal berakhir.
Antara selebriti yang tidak pernah putus memberikan sokongan terhadap rakyat Palestin ialah Nur Fazura yang ada berkongsi rasa yang sama di media sosialnya.
Hari yang kita nanti-nantikan sudah tiba selepas 467 hari menyaksikan genosid dengan mengorbankan lebih ratusan ribu penduduk termasuk kanak-kanak.
Perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel akhirnya berjaya dilakukan dengan mediasi oleh beberapa negara iaitu Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Dia dalam pada itu berharap agar Palestin dapat dibangunkan semula dan kembali hidup seperti sebelum waktu peperangan.
Saya berharap Gaza dapat dibangunkan semula dengan lebih kukuh dan indah seperti semangat penduduk yang tak pernah goyah.
Terdahulu, Perdana Menteri Qatar, Mohammed Al Thani mengumumkan perstujuan untuk melakukan gencatan senjata antara Israel dan Hamas susulan laporan awal mengenainya oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Serangan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza telah menyebabkan kehancuran wilayah itu selain hampir 50,000 telah terbunuh akibat serangan berterusan daripada rejim itu sejak 7 Oktober 2024 yang laku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.