Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah telah mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik satu foto bersama Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq di Instagramnya, beberapa jam selepas keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan ahli politik itu daripada semua pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Bella meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq atas kemenangannya tersebut.
Alhamdulillah, tahniah YB Syed Saddiq. Hari yang besar buat seorang insan yang baik. Not all heroes wear capes, some wear suits and never give up.
Keadilan akhirnya ditegakkan.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata netizen memuji semangat Bella kerana menyokong perjuangan Saddiq.
Malah, ada juga netizen yang berseloroh meminta agar Saddiq segera menikahi Bella.
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.
Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim, diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin. Mereka memutuskan bahawa Syed Saddiq tidak bersalah, sekali gus mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta yang sebelum ini diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.