Hari Tu Burger, Kini KFC Hadir Dengan Menu Ayam Goreng Golden Egg Crunch!

Branded

Hari Tu Burger, Kini KFC Hadir Dengan Menu Ayam Goreng Golden Egg Crunch!

Rasanya macam baru minggu lepas BeautifulNara kongsikan tentang menu burger KFC Golden Egg, burger zinger yang disaluti rempah ratus dan rasa Golden Egg istimewa KFC.

Kami sempatlah juga tonton beberapa video review daripada Youtuber yang dah layan burger ni, tapi apa yang menarik perhatian kami ialah, di ruangan komen ramai yang minta ayam goreng Golden Egg Crunch.

Hmm.. Sedap sangat ke sampai ramai yang request versi ayam goreng ni? 

Nikmati Keenakan Ayam Goreng KFC Golden Egg Crunch!

Tak perlu tunggu lagi, KFC dengar permintaan anda. Menu ayam goreng telur asin kegemaran ramai, Golden Egg Crunch kini di KFC. Wow!

Kami ingat lagi masa menu ni mula-mula diperkenalkan, ramai orang sanggup beratur untuk cuba sendiri menu ayam goreng KFC ni. Bayangkan keenakan ayam goreng Hot & Spicy disaluti dengan rempah ratus, telur asin, daun kari dan selasih. Dimakan pula time panas, nikmat dia memang lain macam.

Kami boleh katakan menu KFC Golden Egg Crunch ni, merupakan rasa ‘emas’ yang korang WAJIB cuba. Rasa telur asin dan aroma rempah pada ayam tu pastinya membuka selera dan keinginan korang untuk menikmatinya pada setiap masa.

Tapi macam biasa, menu istimewa ni selalunya untuk waktu yang terhad saja, jadi kalau anda tak nak melepas dan kena tunggu bila lagi KFC nak keluarkan menu istimewa ni, baik anda dapatkannya segera di KFC berdekatan. Kami dah cuba, anda bila lagi?

Raikan saat emas bersama Golden Egg Crunch KFC

Orang kata makanan dapat mengeratkan hubungan, jadi apa kata anda belanja keluarga, kawan-kawan atau pasangan menikmati hidangan KFC Golden Egg Crunch untuk raikan saat emas bersama.

Hidangan enak lah kita kena kongsikan dengan orang tersayang. Betul tak? Jom dapatkan KFC Golden Egg Crunch hari ini. Kalau anda malas nak keluar, pesan saja melalui aplikasi KFC. Biar abang rider hantar ke depan pintu rumah atau pejabat anda melalui KFC Delivery.

Muat turun aplikasi ini di Google Play dan App Store untuk menikmati lebih banyak promosi dan tawaran istimewa. Maklumat lanjut layari www.KFC.com.my.

*Produk dan kombo mungkin berbeza mengikut lokasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...