Hari Tandas Sedunia: Pupuk Kesedaran Kebersihan Tandas

Trending

Hari Tandas Sedunia: Pupuk Kesedaran Kebersihan Tandas

Pasti anda fikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan untuk masuk ke dalam tandas awam kan? Mana tidaknya, keadaan kebanyakkan tandas awam di Malaysia ni sangat tidak memuaskan. Bukan sahaja kotor dan berbau busuk malah ada yang tidak berfungsi dengan sempurna.

Advertisement

Malah tandas-tandas awam yang perlu bayar dahulu sebelum masuk pun juga masih kotor dan jijik. Sanggup anda menahan ‘hajat’ serta perut yang memulas tu dan melangkah keluar dari tandas.

Walaupun sudah banyak naik taraf yang dilakukan untuk tandas awam seperti di lapangan terbang dan kompleks membeli belah, tetapi masih banyak lagi lokasi dengan tandas awam yang dalam keadaan tidak memuaskan.

Sebenarnya masalah ni bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak lagi negara di seluruh dunia. Oleh sebab itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang prihatin terhadap isu ini menetapkan 19 November setiap tahun sebagai Hari Tandas Sedunia.

Mungkin nampak pelik dan lucu, tetapi hari tandas seperti ini satu langkah yang boleh membantu orang ramai seluruh dunia menikmati tandas yang bersih dan memupuk kesedaran tentang betapa pentingnya faktor kebersihan.

Menurut laman web World Toilet Day 2018, sebanyak 4.5 bilion penduduk dunia tidak menggunakan tandas yang selamat dan sudah pasti tidak terkecuali juga bagi jutaan rakyat Malaysia.

Sumber: TBS

Kebersihan tandas awam bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa tempatan yang perlu memastikan tandas dibersihkan secara harian dan juga berkala untuk membaik pulih kemudahan itu.

Tetapi, pengguna sendiri yang perlu tanam kesedaran dan tanggungjawab untuk menggunakan tandas awam dengan baik dan tidak melakukan sebarang kerosakkan serta vandalisme.

Kalang kala orang awam sendiri yang tidak membersihkan tandas selepas digunakan. Tidak menutup paip, menconteng dinding dan pintu tandas hanya kerana itu ialah tandas ‘awam’ milik semua orang bukan milik diri sendiri jadi kita tak perlu menjaganya dengan baik.

Di seluruh dunia ini, terdapat seramai 1.8 billion penduduk yang tidak mendapatkan sumber air minuman yang bersih. Selain itu, 62.5% juga tidak ada kemudahan kebersihan yang sempurna.

Misi Hari Tandas Sedunia ini ialah untuk memastikan semua orang boleh menggunakan tandas yang selamat menjelang 2030. Ini juga membawa kepada misi untuk mencapai sumber air minum yang bersih.

Semua mengimpikan tandas awam yang bersih dan wangi malah sering membandingkan tandas-tandas di negara maju seperti di Jepun.

Jadi sempena Hari Tandas Sedunia ini marilah kita memupuk kesedaran untuk menjaga kebersihan tandas awam yang digunakan bersama.

Sumber: FMT dan World Toilet Day

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...