Hari Pertama PKPD, Penduduk Masih Berani Alihkan Penghadang Konkrit Untuk Melintas

Trending

Hari Pertama PKPD, Penduduk Masih Berani Alihkan Penghadang Konkrit Untuk Melintas

Umum tahu bahawa 28 Mei merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua mukim di daerah ini.

Pun begitu, khabarnya masih ada individu yang bertindak degil memindahkan konkrit penghadang jalan untuk merentasi halangan berkenaan.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dilakukan di Jalan Bangau Tanjung di sini sekali gus menyaksikan penduduk yang menggunakan motosikal bertindak melalui laluan yang dibuka tersebut.

Setelah menerima laporan tindakan itu kira-kira pukul 7 pagi, polis bertindak mengalihkan kembali penghadang konkrit dan memasang kawat besi di laluan berkenaan. Perkara ini turut disahkan Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman.

Advertisement

Ujarnya, apa diharapkan adalah orang ramai boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan tidak melanggar peraturan sepanjang tempoh PKPD.

Gambar Hiasan

“Langkah ini penting untuk membendung penularan pandemik Covid-19 di daerah ini dan polis terus melakukan pemantauan di lokasi terbabit dari semasa ke semasa”

Buat pengetahuan semua, pada tengah malam tadi, dua mukim iaitu Mukim Perak dan Mukim Bangau di daerah ini dikenakan PKPD sehingga 10 Jun depan susulan peningkatan ketara kes di kawasan berkenaan dalam tempoh 10 hari iaitu sebanyak 180 kes.

Bagi Mukim Perak antara lokasi terlibat ialah bandar Temerloh selain Kampung Belengu, Kampung Pangsenam, Kampung Buntut Pulau, Tanjung Lalang, Jalan Bahagia dan Kampung Batu Satu selain taman-taman sekitar.

Mukim Bangau pula membabitkan beberapa lokaliti antaranya Kampung Bangau Parit, Kampung Telok Ira, Kampung Tanjung Besar, Kampung Bukit Resak dan Kampung Gau Baru.

Apa pun, jadilah rakyat yang sentiasa patuh pada SOP ya, kalau bukan kita yang bantu bendung, siapa lagi? Kita jaga kita! 

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...