Selepas Malaysia mengalami peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dalam masa beberapa hari sehingga telah mencapai 673 kes, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah drastik dan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan.
Kawalan ini bertujuan untuk memastikan orang ramai tidak berkerumun di suatu tempat dalam suatu masa yang sama. Lantas ia dapat membendung keberangkalian virus itu berpindah daripada orang lain ke orang lain.
Kerajaan turut mengarahkan penutupan kedai makan di mana mereka hanya boleh menyediakan makanan secara bungkus dan bukannya makan di sana. Walaubagaimanapun, langkah pencegahan ini seperti dipandang enteng oleh rakyat Malaysia.
Pada pagi hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan ini, masih kelihatan ramai manusia yang bersesak-sesak di tempat awam seperti di kedai makan dan juga pasar pagi. Malahan di Georgetown, dapat dilihat ramai yang duduk santai di food court meskipun kedai makan tidak dibuka. Ada yang duduk bersembang ksong dan segelintir pula sedang beratur untuk mendapatkan makanan ‘tapau’ mereka.
Rata-rata rakyat Malaysia sepertinya ‘tidak faham bahasa’ dan masih tidak merasakan isu COVID-19 ini sebagai sesuatu perkara yang sangat serius. Lihat sajalah masyarakat yang menjalani hari-hari mereka seperti biasa.
Cheras
Sementara itu di Cheras.
Business is as usual.
Tak faham bahasa ke apa ni?
???#MovementControlOrder pic.twitter.com/YkOFu145a8
— Khairul Azri (@mkhairulazri) March 18, 2020
Pasar Payang, Terengganu
Meanwhile in Pasar Payang Terengganu.#MovementControlOrder pic.twitter.com/J1zxnNPuN0
— Khairul Azri (@mkhairulazri) March 18, 2020
Kedah
Meanwhile in Kedah..#MovementControlOrder pic.twitter.com/wkO2882m9h
— Khairul Azri (@mkhairulazri) March 18, 2020
Daripada perkongsian in, dapat dilihat bahawa rakyat Malaysia masih lagi tidak mempunyai kesedaran mengenai isu COVID-19. Mungkin ada yang menganggap Perintah Kawalan Pergerakan ini hanyalah sebagai ‘cuti’ untuk segelintir mereka.
Diharap pihak berkuasa dapat bertindak dengan lebih keras supaya orang ramai sedar langkah ini penting untuk membendung COVID-19 dan kedegilan mereka hanya akan memburukkan keadaan.
Sama-sama kita bantu untuk mencegah COVID-19.