Pejam celik pejam celik sudah bulan September rupanya. Cepat sungguh masa berlalu. Salah seorang yang pastinya berdebar-debar ialah Zain Saidin yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Rozita Che Wan pada hujung tahun ini. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, Zain mengakui dirinya makin tertekan.
Kalau Abang Nara jadi Zain pun confirm akan tertekan juga. Iyerlah, bini orang popular. Siapa yang taknak tengok perkahwinan Rozita Che Wan kan? Pasti semua ternanti-nanti dan sudah membayangkan betapa meriah majlis tersebut. Kata Zain:-
Orang di luar sana termasuk peminat menjangkakan sesuatu yang besar termasuk mengharapkan perkahwinan kami nanti jadi gah. Jadi saya sudah membuat persiapan untuk memastikan majlis itu nanti meriah dan memberi keselesaan kepada tetamu yang datang.
Tidak kurang ada yang mengusik saya berkahwin dengan Rozita seperti menjerat diri kerana perlu menyediakan perbelanjaan besar. Insya Allah saya cuba yang terbaik untuk mengabadikan majlis kahwin kami nanti nampak sempurna di mata khalayak.
Ala Zain tak payah nak stress sangat atau tertekan. Rilek jer. Lagipun majlis perkahwinan anda kan sudah banyak tajaan. Jadi bab keluarkan belanja, tak perlu nak fikir dah. Cuma kena fikirkan persiapan daripada segi mental dan fizikal buat diri anda sahaja. Hidup lepas berkahwin memang berbeza ketika bercinta. Semoga Zain sudah bersedia sepenuhnya.