“Hari Ni Cat, Esok Bakar”- Rumah Disimbah Cat Merah, Wanita Trauma Diugut Ahlong

Trending

“Hari Ni Cat, Esok Bakar”- Rumah Disimbah Cat Merah, Wanita Trauma Diugut Ahlong

Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas diugut peminjam wang tanpa lesen atau ah long dalam kejadian di Jalan Ceria 24, Taman Nusa Indah di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pada pukul 10.05 malam itu, mangsa didatangi tiga remaja berusia 17 dan 18 tahun di hadapan pintu pagar rumah.

Advertisement

“Suspek bertindak membaling cat ke dalam kawasan rumah dan terkena pada kereta Proton Exora milik keluarga mangsa”

“Suspek juga meninggalkan sekeping nota ugut ‘hari ini cat, esok bakar’ sebelum beredar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis berjaya menjejaki dan menangkap suspek kurang daripada 10 minit selepas mereka melakukan ugutan tersebut.

Katanya, mereka diberkas pengawal keselamatan di pondok pengawal kawasan perumahan terbabit selepas mangsa membuat aduan.

Sumber : Google

Gambar Hiasan

Siasatan awal mendapati dua daripada mereka mempunyai bekerja sebagai tukang masak dan tukang gunting manakala seorang lagi adalah penganggur.

Jelasnya, semakan rekod jenayah dapati masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau selain ujian air kencing ke atas mereka bebas daripada pengaruh dadah.

Polis juga berjaya merampas sebuah kereta Proton Saga dan dua peket plastik berisi cecair cat berwarna merah daripada suspek.

Kesemua suspek direman untuk disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Semoga kes ini dapat diadili dengan sebaiknya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...