Penyakit kanser sel kelenjar yang dihidapi oleh penyanyi Elyana kini semakin serius. Sudah memasuki tahap empat, Elyana memberitahu sel kanser sudah merebak ke tulang belakang dan dia berkemungkinan akan lumpuh jika tidak dirawat. Justeru semakin ramai memberi sokongan moral dan berdoa buat nya, namun masih ada segelintir Netizen yang seolah-olah sudah terjamin tempat di syurga mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati.
Dek kerana komen seorang Netizen yang kasar, Elyana mengatakan tidak akan memaafkan pengguna Instagram itu dan akan berhenti mendapatkan rawatan untuk penyakitnya.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Elyana menulis IG Stories tersebut setelah memberi reaksi kepada pengguna Instagram yang menyuruhnya membuang gambar-gambar lama.
Ironinya di profil pengguna Instagram itu, dia menulis ‘be nice to other’.

Sedihnya kalau dkt tmpt elyana. dah lah org tu sakit tambah lg dgn manusia takda adab mcm ni. Nabi kita sendiri ajar bila org sakit kita doakan kesejahteraan dorg. bukan tmbhkan sakit dorg. Allahurabbi.
— Makcik Vouge (@ejavoo) October 27, 2018
Dorang ni bodoh kot, time sekolah tak belajar adab dengan orang sakit camne agaknya. Bodoh nak mampos. Tu la ponteng kelas agama lagi kan!!!!!!
— elsie (@whiterosesrosie) October 27, 2018
Elyana kini didapati telah menyahaktifkan akaun Instagramnya. – beautifulnara.com
Sumber: @dylawok