“Hari Ini Hari Terakhir Saya, Saya Takkan Keluar TV” – Kak Ton Dedah Pengasas Produk & Staf Sendiri Hantar Sihir

Kehidupan

“Hari Ini Hari Terakhir Saya, Saya Takkan Keluar TV” – Kak Ton Dedah Pengasas Produk & Staf Sendiri Hantar Sihir

Baru-baru ini, usahawan dikenali ramai iaitu Kak Ton tampil berkongsikan pengalamanannya ketika disihir serta terkait dengan perkara mistik.

Dapat dilihat melalui video yang dimuat naik di platform TikTok Sembang Seram, Kak Ton atau nama sebenarnya, Zaiton Hassan, mendakwa seorang pengasas produk pernah menggunakan ilmu hitam untuk mengganggunya.

Advertisement

Kak Ton kongsi kisah mistik yang dilalui

Suatu hari ketika penggambaran Wanita Hari Ini di sebuah hotel, biasanya orang dalam sahaja akan tahu tetapi saya tak tahu macam mana pengasas itu boleh berada di situ juga. Ketika saya tengah bersolek, ada seorang pekerja kepada pengasas tersebut tawaf (jalan mengelilingi) saya sebanyak tujuh kali.

Disebabkan kejadian tersebut, sikap Kak Ton mula berubah, malah bertindak membatalkan kontrak dengan stesen TV.

@sembangseram Allahu 8 tahun tu lama weyy. Moga kita dijauhkan dari benda-benda camni 😭 #kakton #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram ♬ original sound – sembangseram

Saya dah ada kontrak dengan TV untuk dua tahun tetapi dengan tiba-tiba saya cakap, ‘hari ini hari terakhir saya, saya takkan keluar TV’.

Staf sendiri pun hantar sihir, tak boleh lupakan

Bukan itu saja, usahawan terbabit juga mendedahkan salah seorang stafnya juga telah menghantar sihir sehingga dia mengalami beberapa kejadian mistik.

Saya nampak lampu dalam bilik teater terbuka, rasa lain macam dan perlahan-lahan saya intai dari pintu. Saya pusing sekali lagi dan nampak ada satu family dekat sofa tu, ada budak kecil dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Walaupun perkara tersebut sudah berlalu lama, namun Kak Ton masih tidak dapat melupakan peristiwa gelap itu kerana sememangnya memberi impak yang besar buat dirinya.

wanita terpedaya bomoh scammer
2025-09-06 13:20:19

Mahu Rawat Sihir, Wanita Terpedaya Rugi RM103K & Serah Gambar Bog*l Pada 'Bomoh Scammer'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...