“Hari-Hari Terima Mesej Kenapa Kedai Tutup, Kenapa Macam Tak Ada Orang Dekat Kedai” – Kieda Crepe

Kehidupan

“Hari-Hari Terima Mesej Kenapa Kedai Tutup, Kenapa Macam Tak Ada Orang Dekat Kedai” – Kieda Crepe

Usahawan dessert sensasi iaitu Kieda Crepe, baru-baru ini, ada memuat naik satu video di platform TikTok yang meluahkan rasa bimbang kerana premis perniagaannya sudah kurang pelanggan kunjungi.

Kedai Kieda Crepe sudah ditutup?

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, Kieda atau nama sebenar, Siti Khalieda Yusra berkata dirinya menerima banyak mesej daripada pelanggan yang bertanyakan sama ada kedainya sudah tutup atau tidak.

Advertisement

Hari-hari kedai saya buka walaupun hari-hari kami terima WhatsApp bertanyakan kepada saya, ‘Kieda kenapa kedai tutup? Kenapa nampak macam tak ada orang dekat kedai Keida?’ Dekat luar nampak lawa tetapi dalam suram. Saya hari-hari buka kedai.

@kiedacrepetour “MashaAllah Tabarak Allah – ما شاء الله تبارك الله” Doakan yang baik baik untuk @KiedaCrepeHouse ya semua 🤲🏻 Jemput singgah mai harini , pembelian crepe NO SUPPORT VENDOR ❤️ @AMY KIEDA MERCHANDISE @KC CREPE PENANG ♬ original sound – KIEDACREPETOUR

Tak dapat sambutan daripada orang ramai lagi

Dalam pada itu, Kieda turut mendedahkan anaknya pasti akan menangis setiap kali mereka datang ke premis kedai terbabit.

Bukan itu saja, bahkan barang jualan juga seolah-olah sudah kurang mendapat sambutan daripada orang ramai.

Kami pernah restock banyak, semuanya habis tapi sekarang restock sikit tak habis pula.

Biarpun sedang diuji, usahawan tersebut enggan berputus asa dan memohon orang ramai mendoakan agar perniagaannya berjalan dengan lancar.

Tiramisu Kieda Crepe keras kejung nampak liat
2025-07-17 14:21:08

Cuba Pertahankan Mengapa Harga RM40, Tiramisu Dijual Kieda Terima Kritikan Ramai - "Nampak Liat, Keras Kejung Je"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...