Perubahan bentuk badan seorang wanita yang baru bersalin adalah perkara normal dan hal itu tidak sepatutnya ditegur oleh orang keliling kerana ia akan memusnahkan tahap keyakinan diri seseorang.
Bagaimanapun, melalui perkongsiaan seorang individu di platform X, dia meluahkan rasa kesal apabila beberapa rakannya yang baru lepas bersalin ditegur gemuk dan chubby.
Bodoh ke? Baru lepas bersalin kan.. susah ke untuk tidak komen pada bentuk badan orang lain?
some people ni bodo ke??? dah 3 orang kawan i yang geng2 baru lepas bersalin ni rant kat instastory cakap people near them comment diorang dah gemok/chubby. bodo keeee??? baru lepas bersalin kan??? how hard is it to not comment on people’s bodies? menggigil ke kalau tak komen?
— im a girl (@pelisahh) November 2, 2023
Turut berasa pedih melihat situasi rakan-rakannya, individu itu berkata memang sedih apabila adanya masalah berat badan dan melihat diri sendiri di hadapan cermin dengan keadaan kulit perut menggeleber selain parut regangan pada beberapa bahagian badan.
Ciapan tersebut telah meraih perhatian ramai dan kebanyakkan wanita yang sudah bergelar ibu turut berkongsi melalui hal yang sama.