Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan hubungan pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq kini sedang goyah susulan kenyataan Syed Saddiq mengenai terhutang budi terhadap aktres itu tular.
Namun begitu, dakwaan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh adik Bella iaitu Didi Astillah dan mengatakan hubungan mereka masih mesra.
Terbukti hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq masih kukuh..
Terbaru di platform Threads, tular tangkap layar memaparkan rakan baik dan Bella berbalas mesej dan hal yang mencuri perhatian apabila penyanyi berkenaan menghantar foto bersama Syed Saddiq kepada rakan baiknya itu.
Saddiq kirim salam..
Setiap pagi jogging bersama
Malah, difahamkan pasangan itu turut kerap kali jogging bersama pada setiap pagi.
Hantaran tersebut mengukuhkan lagi bahawa hubungan Syed Saddiq dan Bella Astillah masih kukuh, tidak seperti didakwa oleh warganet.