“Hari-hari Jenazah 3-5 Orang. Tak menang tangan.” – Penggali Kubur

COVID-19

“Hari-hari Jenazah 3-5 Orang. Tak menang tangan.” – Penggali Kubur

Umum diketahui bahawa semalam, sebuah protes atau demonstrasi telah dilakukan di Kuala Lumpur.

3 years ago

Polis Buat Kawalan Demonstrasi 'Keluar Dan #Lawan'

Advertisement

Demonstrasi Keluar dan#Lawan tersebut telah mendapat pelbagai jenis reaksi dan kritikan, terutamanya oleh badan-badan kesihatan.

Dalam kemelut negara melawan pandemik COVID-19 ini, ramai pihak yang berpendapat bahawa demonstrasi sebegini kurang sesuai. Dengan kemunculan varian Delta, dan siapa tahu ada lagi varian yang bakal menyusul selepas Delta.

Walaupun pada pandangan kasar, proses vaksinasi kini berjalan dengan agak lancar, ini tidak bermaksud rakyat kebal dengan COVID-19.

Rakyat Marah?

Ada juga yang berpendapat bahawa ini berpunca dari kegagalan pihak kerajaan untuk mentandbir dan mengurus soal kebajikan rakyat dan juga kenaikan kes secara mendadak walaupun PKP telahpun melebihi 500 hari.

Demonstrasi mengangkat “mayat” yang dikafankan. 

Apa yang telah menarik perhatian kami adalah sebuah posting yang dimuat naik oleh seorang penggali kubur yang bernama Megat Mohd Zaid yang menjemput individu-individu yang melakukan protes di Dataran Merdeka untuk membantu beliau.

megat mohd zaid

“Saya nak pelawa kawan2 yg ramai-ramai demo ni, datang ke tempat kami gali kubur ni.”

penggali kubur covid-19

“Hari-hari jenazah 3-5 orang”

Jika kita lihat gambar dibawah yang berlatarbelakangkan beberapa individu yang memakai PPE untuk menguruskan pengebumian mangsa COVID-19 yang telah meninggal dunia.

covid-19 funeral

“Tolong gali kubur. Paling kurang untuk diri sendiri pun ok dah”

Komen yang walaupun agak sinis ini ditujukan kepada individu-individu yang berarak bersama “mayat yang dikafankan” di sekitar ibukota semalam.

protes #lawan

sumber – Facebook

Beberapa petikan dari ruangan komen juga mengkritik perlakuan yang kurang sesuai ini.

comment netizen comment netizen comment netizen

Bukan itu sahaja, sewaktu protes yang berlaku semalam, pelbagai “gelagat” yang kurang sopan juga ditonjolkan oleh para peserta.

Ada juga individu-individu yang melontarkan kata-kata dan menunjukkan isyarat-isyarat kesat dihadapan para wartawan untuk meraih perhatian.

Ramai berpendapat bahawa perlakuan mereka yang kurang bertamadun ini hanya mengundang padah jika dijangkiti COVID-19.

komen netizen

Dari perarakan membawa patung mayat hinggalah ke aksi-aksi kurang bertamadun, mungkin ada cara yang lebih baik untuk menyampaikan mesej atau meraih perhatian?

Dalam masa beberapa hari yang lepas, pelbagai isu yang melibatkan kerajaan dan juga kebajikan rakyat telah dibangkitkan.

Walaupun telah mendapat kebenaran untuk melakukan demonstrasi, penulis berpendapat bahawa ia terlalu berisiko kerana ini mampu mendedahkan diri pada virus COVID-19 dan siapa tahu varian Delta yang cukup digeruni akan mula merebak dengan agresif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...