“Hari Dia Meninggal Baru Dapat Tahu” – Individu Dedah Rupanya Arwah Badrul Muhayat Penderma Di Surau Taman Perumahan

Hiburan

“Hari Dia Meninggal Baru Dapat Tahu” – Individu Dedah Rupanya Arwah Badrul Muhayat Penderma Di Surau Taman Perumahan

Pemergian pelakon Badrul Muhayat sememangnya mengejutkan ramai pihak namun dalam pada itu, sesetengah orang turut berkongsi kisah kebaikan arwah ketika hayatnya.

Antaranya di ruangan komen hantaran pelakon Didie Alias di Instagram yang menceritakan tentang hasrat arwah rakannya itu yang mahu jenazah dikebumikan di Kuala Lumpur.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Didie berkata arwah pernah meluahkan hasrat itu agar rakan-rakan selebriti dapat menziarahi pusaranya.

Allah dengar apa arwah minta, mahu dikebumikan di KL dapat kawan-kawan tengok. Allah bagi, hari ni dapatlah kami tengok dia.

badrul

Sementara itu, di ruangan komen hantaran tersebut terdapat beberapa komen daripada warganet yang menceritakan kebaikan arwah kepada mereka.

Lebih menyentuh hati apabila seorang individu mendedahkan rupanya Allahyarham merupakan salah seorang penderma di surau perumahan.

Insan yang bermurah hati. Hari dia meninggal, dapat tahu dia salah seorang yang pernah menderma di surau taman kami.

komen

Dalam pada itu, beberapa warganet berkata arwah Badrul tidak sombong serta akan menyapa sesiapa yang ditemuinya di tempat awam.

komen

badul
6 months ago

(TAKZIAH) Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia Ketika Tidur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...