Hari Bahagia Makin Mendekat, Azzam Shah Risau Varian Baharu COVID-19 Ganggu Majlis Kahwin

Hiburan

Hari Bahagia Makin Mendekat, Azzam Shah Risau Varian Baharu COVID-19 Ganggu Majlis Kahwin

Penyanyi Azam Shah memaklumkan bahawa persiapan untuk majlis perkahwinannya bersama tunang, Sheryl Shazwani kini sudah siap kira-kira 80 peratus.

Azzam Shah
4 bulan lalu

(TAHNIAH) Penyanyi Azzam Shah Selamat Bertunang Dengan Gadis Pilihan

Advertisement

Selepas dua bulan mengikat tali pertunangan, Azzam walau bagaimanapun masih berahsia tentang tarikh sebenar perkahwinan mereka dan hanya memaklumkan bahawa ia akan berlangsung pada awal tahun hadapan.

Dia ditemui baru-baru ini ketika pelancaran lagu single terbaharunya, Baby Bambam.

Advertisement

Insya-Allah saya akan kongsikan tarikh kepada peminat semua. Jika diizinkan Allah, majlis kami akan berlangsung pada awal tahun depan.

Ujar Azzam, tarikh itu tidak dapat dihebahkan kerana ingin menjada sensitiviti ahli keluarga yang lain.

Meskipun teruja dengan hari bahagia yang semakin hampir, Azzam mengakui berasa sedikit bimbang dengan keadaan semasa pandemik COVID-19 apabila munculnya varian baharu iaitu Omicron.

Sehubungan itu, Azzam berharap agar orang ramai dapat mendoakan supaya majlis perkahwinannya itu dapat berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sekadar info, Azzam dan Sheryl telah mengikat tali pertunangan pada 30 September setelah hampir enam tahun menjalinkan persahabatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...