Siapa sangka dalam menunggu tibanya hari bahagia, bertukar menjadi tragis selepas tiga ahli keluarga bakal pengantin ini meninggal dunia serentak.
Muhd Syafiq yang merupakan bakal pengantin, adik kepada Nurul Ain Abdul Rahim, yang terkorban dalam kemalangan tragis bersama anak tunggalnya, Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain dan menantunya, Mohamad Faris Kamaludin.
Ketiga-tiga mereka maut selepas kereta yang dinaiki iaitu Perodua Myvi bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, semalam.
Muhd Syafiq berkata, apa yang lebih menyayat hati adalah ketiga-tiga mangsa sebenarnya dalam perjalanan untuk menghadiri majlis akad nikahnya di Besut, yang dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang hari ini.
Majlis tetap diteruskan
Memetik laporan Harian Metro, Hasmah Awang yang merupakan ibu kepada mangsa berkata, majlis perkahwinan anak ketiganya iaitu Muhd Syafiq akan tetap diteruskan hari ini.
Majlis perkahwinan anak ketiga saya, Muhd Syafiq Abdul Rahim, tetap diteruskan hari ini tapi hanya ditemani adik bongsu dan rakan-rakannya, sementara kami sekeluarga menguruskan jenazah.
Walaupun hati luluh menanggung kehilangan tiga insan tersayang, Hasmah tetap memberi semangat kepada anak lelakinya untuk meneruskan majlis perkahwinan di Besut, Terengganu.

gambar hiasan
Saya dan suami, Abdul Rahim Mat Diah, tidak menemani Muhd Syafiq sebaliknya bersedia di rumah menanti kepulangan jenazah anak sulong selepas selesai urusan bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.
Setakat ini, perbincangan awal kami putuskan untuk mengebumikan jenazah Nurul Ain sahaja di sini. Cucu saya dan suaminya akan dibawa ke Johor. Bagaimanapun, sebarang keputusan lain akan dibuat sebaik keluarga dari Johor tiba kerana mereka masih dalam perjalanan ke hospital.
Arwah pernah bergurau soal kematian
Lebih menyayat hati, Hasmah mengimbas kembali gurauan terakhir Nur Atikah yang menyebut tentang kematian tanpa menyangka rupanya ia menjadi petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya lagi, majlis menyambut menantu yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa ditukar kepada majlis tahlil kerana kad jemputan sudah diedarkan dan tempahan katering telah pun dibuat.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.