Hargailah Apa Yang Ada Di Depan Mata Sebelum Terlambat Dan Menyesal

Trending

Hargailah Apa Yang Ada Di Depan Mata Sebelum Terlambat Dan Menyesal

Ajal datang tanpa siapa pun tahu dan sungguh ianya sangat pasti tanpa mengira siapapun kita. Baik pangkat mahupun harta,semuanya sama di sisi Allah s.w.t.

Tapi apakah kita sendiri sudah bersiap sedia menghadap Pencipta kita? Kalau benar mati itu boleh dilengah,pasti ada yang berkata:

Advertisement

Aku mahu capai ini dulu
Aku mahu buat ini dulu
Aku mahu itu dulu

Tapi tanpa perlu dinafikan lagi, mati bukanlah satu perkara yang boleh ditangguh.

Justeru itulah kita perlu menghargai apa yang ada dihadapan mata kita hari ini sebelum terlambat sebagaimana pesanan seorang individu ini terhadap wartawan yang bernama Wan Hartini.

Apa yang dipesan oleh beliau ternyata benar dan mencuit hati yang penuh dengan ‘keduniaan’ ini.

 

HIDUP LAH UNTUK HARI INI

Tugasan pagi tadi saya menemubual seorang Datin. Di tengah perbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata saya menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat.

Mengapa?

Kata-kata “HIDUPLAH UNTUK HARI INI” sangat menusuk jauh ke dalam hati saya. Apa yang diperkatakan jelas terkena pada batang hidung saya (yang tak berbatang pun sebenarnya).

Nasihat Datuk tersebut yang saya perlu kongsi dengan anda ialah,

1. Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone, jauhkan iPad.

2. Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.

3. Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.

4. Jangan terlalu sibuk/gila mencari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki itu di tangan Allah. Berusaha tapi bukan sehingga mengabaikan yang sepatutnya.

5. Sentiasa peluk cium anak-anak, pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.

6. Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll. Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. Walaupun meeting, at least cakap ‘saya meeting’. Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi, mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

7. Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.

8. Ketahui pakaian yang dipakai pasangan/anak-anak sebelum keluar. Ramai yang tak mengambil berat perkara ini. Malang tak berbau kan?

9. Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu mnjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri juga menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tidak langsung (tanpa sedar sbenarnya) isteri itu menuntut hak sama rata. Hak dalam membuat kputusan. Jadi, lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patuh kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga.

JANGAN INGAT KITA MASIH ADA HARI ESOK

Sumber: Wan Hartini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...