“Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung.”
Dalam pada itu, Ustaz Ebit juga dilihat sempat memohon maaf buat maha pencipta kerana ketika mereka susah dahulu, isterinya banyak berjasa dan berkorban sehingga semua emas milik peribadi digadainya untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Malah perkara itu diakui sendiri oleh Ustaz Ebit yang mana pada ketika itu mereka sekeluarga langsung tiada duit untuk makan dan membeli lampin serta susu anak.
“Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah.”
Susulan pengalaman yang dilalui dahulu, Ustaz Ebit juga turut berterima kasih kepada Allah SWT kerana dikurniakan isteri yang amat memahami serta mendoakan agar beliau dan isteri akan terus bersama dan bahagia di dunia mahupun di akhirat kelak.
Terdahulu, Ustaz Ebit memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Airis Saffiyah yang berusia 11 tahun di kediaman milik mereka dan menghadiah sebuah telefon pintar “iPhone” bagi menghargai jasa puteri sulung tersebut.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Anonymous
June 29, 2020 at 6:22 pm
Ni tak riak ke?
enon
June 30, 2020 at 7:14 am
Riak tu pada niat org nye. Dia rasa beg tu stok geli2 je stkt 2-3 ribu bukan mahal mana pun, bila dia beli yg 30ribu baru dia xpost takut riak. Kalau org yg beg dia biasa beli harga 30 ringgit, tgk org beli beg 3 ribu nak tuduh org tu riak, maksudnya org yg menuduh tu penyakit dengki. Btw aku tak tuduh ko atau sape2 dengki, cuma bg contoh