Tidak kira hujan atau panas tanpa mengerti penat lelah, petugas barisan hadapan (frontliners) tetap teguh menjadi dinding serta perisai melindungi rakyat Malaysia bagi mengawal penularan wabak COVID-19.
Sudah masuk hari ke-15 PKP dilaksanakan, pengorbanan dan jasa pasukan barisan hadapan terus dihargai ramai. Terbaru, penyanyi Tomok turut tidak terkecuali menunjukkan tanda terima kasih dengan menghulurkan bantuan makanan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Menurutnya, bantuan ini bukanlah daripada dirinya sahaja tetapi turut disertai beberapa rakan artis lain seperti Black, Achey dan Shuib Sepahtu.
dari saya,black,achey dan shuib untuk mereka yang bertugas #kitajagakita pic.twitter.com/OBIzdoWgpt
— tomok (@TomokOfficial) April 1, 2020
Walaupun masih ada beberapa pihak yang tersinggung dengan kenyataannya berhubung isu meminta dana khusus untuk artis, rata-rata netizen memberikan reaksi positif dengan tindakannya itu.
“Ikhlas ke bantu” – Netizen
Bagaimanapun, masih ada pihak yang berfikiran negatif dan mempertikaikan sumbangan Tomok itu ikhlas atau tidak.
Teruskan buat kebaikan, jangan peduli kecaman orang lain
Ada netizen yang berpendapat, perkara yang lepas tidak perlu diungkit lagi dan harap ia menjadi pengajaran.
Mereka harap Tomok terus melakukan kerja amal dan jangan hiraukan komen-komen negatif serta kecaman.