Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan bahawa harga kawalan telur ayam masih kekal berkuat kuasa seperti biasa, sehingga keputusan mengenai pengapungan harga yang dijadualkan pada 1 Ogos ini dibuat.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, menafikan dakwaan bahawa harga telur ayam di pasaran sedang meningkat dan membebankan pengguna.
Beliau juga menegaskan bahawa KPDN tidak menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga tersebut.
Harga kawalan telur masih berkuat kuasa sehinggalah keputusan kerajaan mengenai pengapungan harga berlaku.
Kita berharap semua pihak (khususnya peniaga) mematuhi harga yang ditetapkan kerajaan.
Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan subsidi telur ayam dikurangkan kepada lima sen daripada 10 sen bermula 1 Mei dan seterusnya ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos ini.
Harga telur kini ditetapkan pada 42 sen (Gred A), 40 sen (Gred B) dan 38 sen (Gred C) sebiji.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.