Harga Tambang MRT Serendah RM 1, Bakal Beroperasi Disember Ini

Trending

Harga Tambang MRT Serendah RM 1, Bakal Beroperasi Disember Ini

Pengguna pengangkutan awam kini boleh menaiki MRT dengan tambang serendah RM1 menggunakan struktur tambang tanpa tunai, sebaik saja fasa pertama MRT Sungai Buloh- Kajang (MRT SBK) memulakan operasinya bulan depan.

Advertisement

Menurut kenyataan akhbar hari ini, tambang terendah untuk perjalanan untuk perjalanan satu hentian mengikut struktur tambang tunai ialai RM1.10 antara stesen Pasar Seni dan Merdeka.

Ia turut mengumumkan Rapid Rail Sdn Bhd akan beroperasi bagi perkhidmatan MRT SBK, yang sepanjang 51km dan mengandungi 31 stesen.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman berkata, tambang maksimum RM6.40 berdasarkan kepada struktur tambang tunai dan RM5.50 berdasarkan tambang tanpa tunai, meliputi perjalanan penuh antara Sungai Buloh-Kajang.

Fasa pertama MRT SBK dijangka memulakan operasi dari 16 Disember, meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.

Fasa 2 akan meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, yang dijadualkan beroperasi bermula Julai depan.

“Seperti diamalkan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL, kami memberi diskaun 50% untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan OKU yang menaiki MRT dan bas pengantara MRT.

“Kanak-kanak bawah 7 tahun boleh naik percuma,” katanya.

Sementara itu, tambang nominal bagi bas pengantara MRT ialah RM1 satu perjalanan dengan sebanyak 120 bas akan disediakan untuk 26 laluan di semua 12 stesen MRT di bawah fasa pertama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...