Seperti yang kita semua tahu, kerajaan telah mewajibkan semua pemandu e-hailing seperti Grab untuk mengambil ujian lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV).
Menjelang 12 Julai ini, kadar tambang Grab dijangka akan meningkat pada waktu kemuncak berikutan hal ini.
Lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) adalah lesen memandu vokasional yang membenarkan pemegang lesen, memandu kenderaan awam seperti teksi.
Persatuan Pemandu E-Hailing Malaysia (MeHDA) meramalkan kenaikan tambang sebanyak 50% bergantung kepada permintaan dan jumlah pemandu.
Pengguna perlu menunggu lebih lama kerana jarak yang jauh diantara pemandu dan pengguna akan berlaku. Syarikat e-hailing juga mungkin akan melakukan caj tambahan kerana isu kekurangan pemandu. Sebagai contoh tambang berharga RM10 boleh bertambah menjadi RM20.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memberitahu terdapat seramai 167 000 pemandu e-hailing di Malaysia. Tetapi hanya seramai 16 338 sahaja yang mendaftar untuk ujian PSV ini.
