Harga Siling Peruncit Pelitup Muka Diturunkan Kepada RM1 Seunit, Berkuatkuasa Sabtu Ini

COVID-19

Harga Siling Peruncit Pelitup Muka Diturunkan Kepada RM1 Seunit, Berkuatkuasa Sabtu Ini

Harga siling runcit baharu bagi sekeping pelitup muka jenis tiga lapisan akan diturunkan kepada RM1 berkuatkuasa Sabtu ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi. Dia berkata harga berkenaan ditetapkan selepas pihaknya mendapati bekalan pelitup muka jenis berkenaan mencukupi untuk menampung permintaan di seluruh negara.

Advertisement
Menurutnya pelitup muka di pasaran adalah mencukupi hasil pemeriksaan dan pemantauan kementerian dan libat urus bersama pihak industri, pengilang dan juga peruncit yang menjualnya.

”Didapati juga walaupun harga siling sebelum ini RM1.50, ada yang menjual rendah dari harga itu, maka memang benar bekalan pelitup muka ini mencukupi di pasaran, oleh itu kementerian mengambil tindakan untuk menyemak semula (harga siling).”

Minister confident Malaysian Sales Campaign can contribute RM100b ...

Nanta menyatakan pihaknya memberi komitmen untuk terus menyemak harga dan menurunkan lagi harga siling runcit pelitup muka sekiranya keadaan membolehkan.

”Ia bergantung kepada bekalan, itu yang penting, sebab tak guna kita turunkan (harga) tapi (bekalan) tak dapat di pasaran. Kenapa tak dapat? Kalau harga pengeluaran masih tinggi maka orang mungkin tak dapat jual.”

Sementara itu, KPDNHEP dalam satu kenyataan turut memaklumkan harga siling borong bagi pelitup muka jenis tiga lapisan juga diturunkan daripada RM1.45 seunit ke 95 sen.

Menurut kenyataan itu, dari 29 Jan sehingga Isnin lepas, sebanyak 47,703 pemantauan terhadap harga dan bekalan pelitup muka dijalankan yang menyaksikan 55 kes dibuka dengan nilai rampasan sebanyak RM536,951.40 dan jumlah kompaun RM392,400.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...