Harga Siling Pelitup Muka Bakal Diturunkan Kepada RM1 Sekeping

COVID-19

Harga Siling Pelitup Muka Bakal Diturunkan Kepada RM1 Sekeping

Harga pelitup muka akan direndahkan kepada RM1 sekeping bagi peruncit manakala RM0.95 sen bagi pemborong. Sebelum ini harga syiling bagi pelitup muka untuk peruncit ialah RM1.50.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata ia adalah sebahagian daripada langkah kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat, khususnya ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk anak-anak ke sekolah.

Advertisement

“Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang.” 

Dia bagaimanapun tidak menyatakan bila harga baharu itu akan berkuat kuasa.

Be aware Malaysians, it'll soon be compulsory to wear a face mask ...

Gambar hiasan

Alexander bermungkinan mengumumkan tarikh kuat kuasa itu ketika sidang media yang dijadualkan pada Khamis ini di Dewan Rakyat.

Kenyataan oleh Alexander itu adalah bagi  menjawab soalan Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen DAP-Stampin mengenai rasionalisasi peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.

“Langkah berterusan akan dibuat supaya penurunan harga ini tidak akan berhenti di sini saja, sebaliknya saya beri jaminan ia bakal turun lagi.” 

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...