Harga Rawatan Klinik Swasta Dijangka Naik Hingga 30%, Pesakit Mungkin Terbeban

Kehidupan

Harga Rawatan Klinik Swasta Dijangka Naik Hingga 30%, Pesakit Mungkin Terbeban

Pengamal perubatan swasta memberi amaran bahawa caj rawatan di klinik dan hospital mungkin meningkat sehingga 30 peratus susulan penguatkuasaan arahan harga baru.

Memetik laporan New Straits Times, Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) berkata, pesakit akan menanggung beban kenaikan kos tersebut kerana klinik kini diwajibkan untuk memperincikan caj yang sebelum ini digabungkan di bawah satu bayaran.

Advertisement
doktor dan ubat

gambar hiasan

Ganggu sistem bil sedia ada

Presidennya, Dr Shanmuganathan T.V. Ganeson berkata, peraturan baru itu mengganggu sistem bil sedia ada yang menyatukan caj konsultasi, rawatan dan ubat-ubatan.

Klinik kini perlu mengasingkan kos, termasuk perbelanjaan operasi yang mesti disenaraikan secara berasingan dalam bil.

Menurut laporan Utusan Malaysia, anggaran menunjukkan bahawa caj pesakit boleh meningkat antara 10 hingga 30 peratus, bergantung pada jenis rawatan dan ubat yang diberi. Dalam sesetengah kes, konsultasi biasa mungkin meningkat sebanyak RM10 hingga RM30 berbanding sebelum ini.

Pada 6 Mei, kira-kira 200 doktor berhimpun di Laman Perdana berdekatan Perdana Putra di Putrajaya untuk membantah arahan baru tersebut.

Antara sebabnya adalah mereka menggesa kerajaan untuk menyemak semula Akta 723 dan meletakkan kawal selia amalan perubatan hanya di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), yang menurut mereka sudah mencukupi bagi sektor itu.

Klinik swasta mula papar harga ubat

Walaupun bantahan masih berlangsung, kebanyakan klinik swasta telah mula memaparkan harga ubat seperti yang diwajibkan. Kaedah caj bersekali masih digunakan di banyak klinik buat masa ini sementara menunggu keputusan Kementerian Kesihatan.

ubat-ubatan

gambar hiasan

Pesakit dijangka mula melihat peningkatan bil seawal Ogos sekiranya tiada perubahan dibuat dalam tempoh budi bicara ini.

Keperluan untuk memaparkan harga, yang diwartakan pada 1 Mei, tertakluk di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 (Akta 723) dan dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Ia terpakai kepada semua klinik swasta, hospital dan farmasi.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

2 days ago

Aplikasi 'CariLocum' Ini Permudahkan Urusan Doktor Mencari Pengganti Atau Tempat Lokum

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...