Harga petrol RON 95, 97 dan Diesel dijangka akan mengalami kenaikan sebanyak 15 sen bermula tengah malam ini. Kenaikan itu dilaporkan oleh portal Guang Ming Daily yang memetik sumber dari operator stesen minyak.
Kenaikan itu menjadikan harga bagi petrol terbaru RON95 kepada RM1.95 seliter, RON 97 kepada RM2.30 seliter dan diesel kepada RM1.90 seliter.
RON97 – RM2.30/l
RON95 – RM1.95/l
Diesel – RM1.90/l
Sumber: Guan Ming Daily, Sin Chew Daily