Harga Minyak Turun Mulai Esok!

Trending

Harga Minyak Turun Mulai Esok!

Nampaknya Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji mereka kepada rakyat dengan menurunkan harga bahan api selaras dengan penurunan harga petrol di pasaran dunia. Antara berita yang boleh membuatkan anda semua tersenyum lebar kan?

Advertisement

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, harga minyak di pam ditetapkan pada RM1.93 seliter bagi RON95 berbanding RM2.20 kini, manakala RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter berbanding RM2.50 kini. Manakala harga Diesel pula ditetapkan pada RM 2.04 seliter.

Penurunan harga akan berkuatkuasa mulai hari Sabtu 5 Januari sehinggalah Jumaat 11 Januari 2019.

Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu hingga Jumaat. Perlu ditegaskan bahawa harga baharu ini mengambil kira tambahan komisen atau margin pengusaha stesen minyak yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari 2019.

Harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...