Harga Minyak Mentah Dunia Makin Jatuh, Tauke Stesen Minyak Mula Naik Risau

Trending

Harga Minyak Mentah Dunia Makin Jatuh, Tauke Stesen Minyak Mula Naik Risau

petronassrihartamas
  sekadar gambar hiasan

Pengusaha stesen minyak seluruh negara kini mula rasa risau mereka dengan trend harga minyak mentah dunia kian jatuh dan berkemungkinan besar boleh menyebabkan perniagaan mereka ‘gulung tikar’.

Harga terbaru minyak mentah dunia terkini berada pada paras A$30 (RM132.7) setong.

Advertisement

Memetik laporan Akhbar Kosmo!, rata-rata pengusaha stesen minyak di beberapa negeri telah mula menerima kesan akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia dengan margin keuntungan yang semakin mengecil bahkan ada yang kerugian antara RM10,000 hingga RM24,000 sebulan.

Seorang pengusaha stesen minyak di Bandar Permaisuri berkata, masalah yang timbul adalah apabila mereka membeli bekalan minyak dengan harga tinggi, namun gagal menjual dengan harga yang sama apabila berlaku kejatuhan pada harga produk tersebut.

Kerugian yang saya alami bergantung kepada jumlah stok minyak dalam tangki apabila ia dibeli pada harga mahal tetapi tidak sempat dijual ketika harganya telah jatuh.

Saya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 sebulan tetapi ada juga pengusaha lain yang mengalami kerugian sehingga RM24,000 sebulan. Perkara ini boleh menyebabkan kami gulung tikar sekiranya harga minyak terus jatuh.

Keadaan ekonomi semasa sekarang yang makin tidak menentu menyebabkan pengusaha minyak turut terasa kesannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...