Harga Minyak Masak Naik & Apa Yang Air Asia Lakukan Terhadap Harga Makanan Mereka Pasti Akan Mengejutkan Anda

Hiburan

Harga Minyak Masak Naik & Apa Yang Air Asia Lakukan Terhadap Harga Makanan Mereka Pasti Akan Mengejutkan Anda

Penerbangan kegemaran Abang Nara tak lain tak bukan ialah Air Asia. Harga tiket Air Asia memang tersangatlah murah. Kalau nak dibandingkan dengan syarikat penerbangan lain, memang bagai langit dan bumi. Kalau Abang Nara nak travel pergi ke dalam dan luar negara, memang first website yang akan dibuka untuk cari tiket ialah www.airasia.com. Tak bukak dah website lain.

1

honeymoon di Korea dulu pun terbang naik Air Asia

Ketika membuat tempahan tiket Air Asia, satu perkara yang tak akan Abang Nara “miss” ialah menempah makanannya. Makanan kegemaran Abang Nara ialah Nasi Lemak Pak Nasser. Pergh. Dia punya sambal, memang kena dengan jiwa ini.

Advertisement
2

selalu Abang Nara akan order 2 nasi lemak Pak Nasser nie. Satu tak cukup. Hehehe

Selain itu ada juga signature dishes Air Asia yang tak kurang sedapnya seperti Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan Roasted Chicken dengan Sos Krim. Semuanya memang menjilat jari.

3

4

Dan baru-baru ini,, seperti yang kita ketahui, harga minyak masak di Malaysia telah naik sehingga menyebabkan orang ramai stress. Iyerlah, bila minyak masak jadi mahal, harga makanan pun confirm akan naik. Nak goreng nasi kena pakai minyak, goreng ayam confirm pakai minyak dan sudah tentu masak sambal nasik lemak pun pakai minyak. Abang Nara ingatkan harga makanan di Air Asia pun pasti akan naik sejajar dengan kenaikan harga minyak masak, tapi ternyata Abang Nara SILAP.

Air Asia yang sentiasa penuh dengan kejutan kembali mengejutkan semua penumpangnya apabila telah menurunkan lagi harga makanan pre-booknya bermula 3 November lalu. Contohnya harga Nasi Lemak Pak Nasser kegemaran Abang Nara dari RM12 kini cuma RM10 sahaja untuk flight penerbangan AK. Harga makanan lain seperti Kamal Mee Goreng Mamak, satay ayam, nasi ayam, nasi briyani ayam dan banyak lagi kesemuanya pun turut sama diturunkan. . Korang boleh refer table kat bawah ini untuk mengetahui harga terbaru makanan pre-book Air Asia yang telah dimurahkan.

5

Antara sebab-sebab Abang Nara tak pernah untuk pre-book makanan setiap kali menaiki Air Asia ialah:-

1. Confirm dapat makanan
Kalau tak buat pre-book dan bila dah ada atas kapal terbang baru nak order, kemungkinan untuk makanan habis amatlah tinggi. Takkan nak berlapar sepanjang flight kan? Memang stress jadinya kalau lapar atas kapal terbang. Jadi pre-book meal adalah bersamaan dengan guaranteed meal. Guaranteed meal pula bersamaan dengan perut kenyang suka hati sepanjang flight. Hehehe.

2. Pilihan makanan yang lebih banyak
Jumlah pilihan makanan yang ada apabila kita pre-book makanan ialah 15. Tapi kalau kita nak order bila dah ada atas kapal terbang, cuma ada 10 pilihan je. Jangan buat-buat terkejut pulak kalau makanan feveret korang tak ada bila tak buat pre-book.

3. Harga yang lebih murah dan juga value for money
Seperti yang Abang Nara cakap tadi, kalau kita pre-book meal, kita boleh lakukan penjimatan sebanyak RM5 untuk setiap makanan yang ditempah. Selain itu, kita juga ada pilihan untuk memilih jenis minuman yang kita mahu. Kalau dulu bila pre-book makanan, kita akan dapat diberikan mineral water sahaja. Namun kini, dah ada pilihan dah. Kita boleh pilih sama ada mahu mineral water, kopi (untuk penerbangan 90 minit ke atas) atau pun air berkarbonat. Terbaik!!!

4. Priority serving
Ini yang paling Abang Nara suka apabila pre-book terlebih dahulu bersama Air Asia. Kita akan dapat makanan lebih awal berbanding mereka yang tak pre-book. Kita dah kekenyangan habis makan barulah diorang yang tak pre-book nie dapat buat order. Tak ke sedih? SIlalah pre-book agar air liur kita tidak meleleh melihat penumpang sebelah menjamu selera dengan begitu enaknya.

6Walaupun harga telah dimurahkan, Abang Nara tetap yakin dengan kualiti makanan yang disediakan oleh Air Asia. Kualiti confirm tip-top dan terbaik punya. Mana taknya, Air Asia baru sahaja mendapat anugerah Asia’s Leading Inflight Service 2016 from World Travel Awards & Catering Innovation of The Year 2016 daripada Onboard Hospitality Award. Kalau dalam bahasa Melayu mudahnya, anugerah makanan paling best untuk syarikat penerbangan. Secara jujur dan ikhlas, setiap kali Abang Nara naik Air Asia, memang tak pernah kecewa dengan mutu makanan yang disediakan oleh mereka. Memang sampai menjilat sudu.

Sekali lagi diingatkan, harga baru yang LEBIH MURAH ini telah pun bermula sejak 3 November lalu untuk kesemua penerbangan Air Asia. Syaratnya korang kena prebook terlebih dahulu. Kalau atas kapal terbang baru nak beli, harga tetap sama dengan sebelum ini. Nasihat Abang Nara, masa beli tiket tue, belilah makanan sekali. Confirm lapar punya atas kapal terbang.Maklumat lanjut layari www.airasia.com.

Selamat terbang dan selamat makan di dalam penerbangan Air Asia anda.



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...