Harga Minyak Global Turun, Tapi Harga Di Stesen Pam Masih Sama? Ini Penjelasannya

Berita

Harga Minyak Global Turun, Tapi Harga Di Stesen Pam Masih Sama? Ini Penjelasannya

Walaupun harga minyak mentah global dilaporkan menurun, ramai yang tertanya-tanya kenapa harga minyak di pam masih belum menunjukkan penurunan ketara.

Sebenarnya, terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi situasi ini dan ia tidak semudah bergantung kepada harga semasa di pasaran dunia.

Advertisement

Konflik Asia Barat : Ini 10 Perkara Yang Dipersetujui Dalam Gencatan Senjatan Iran – Amerika Syarikat

Pertama, harga minyak di pam tidak ditentukan berdasarkan harga harian. Sebaliknya, ia ditetapkan mengikut purata harga minggu sebelumnya. Ini bermakna sebarang penurunan harga global tidak akan terus memberi kesan serta-merta kepada harga di pam.

Selain itu, bekalan minyak yang sedang digunakan ketika ini sebenarnya dibeli pada harga yang lebih tinggi sebelum ini. Justeru, kos tersebut masih mempengaruhi harga jualan semasa.

Dalam masa sama, harga minyak global juga pernah melonjak tinggi dalam tempoh beberapa minggu sebelum ini. Kenaikan tersebut secara tidak langsung meningkatkan kos lain seperti logistik dan insurans, yang turut memberi kesan kepada harga akhir.

Selat hromuz

Lebih penting, harga semasa juga masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, menyebabkan harga di pam mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran global.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan harga minyak bersubsidi sebagai langkah untuk melindungi rakyat serta memastikan harga barangan kekal terkawal di pasaran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

trumop
2026-04-08 15:05:45

Konflik Asia Barat : Ini 10 Perkara Yang Dipersetujui Dalam Gencatan Senjatan Iran - Amerika Syarikat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...