June 15th, 2015

Pembukaan kafe Nora Danish iaitu Kopi & Xoxo  berkonsepkan kopitiam bersama empat lagi rakan beliau mendapat sambutan yang hangat majoriti daripada peminat Nora, artis-artis tempatan dan penduduk setempat. Namun, ada pihak kurang berpuas hati dengan harga makanan di kafe tersebut yang agak mahal.

Menjelaskan isu tersebut, Nora menerusi portal mStar Online memberitahu harga makanan di kafe miliknya itu adalah berpatutan serta bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di Bangsar. Malah, segala makanan yang disedikan di Kopi & Xoxo menggunakan bahan yang berkualiti tinggi.

Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi.

Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya.

Dari pandangan mata seseorang, sambutan yang agak memberangsangkan dari kafe itu pasti ia juga mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Walaubagaimanapun, ia sebenarnya tidak mendapat hasil yang lumayan seperti yang dibayangkan kerana ia merupakan satu perniagaan yang masih baharu.

Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan.

Untuk membuka kafe Kopi & Xoxo Nora dan rakanya melabur hampir RM100,000 untuk membuka kafe berkenaan dan ia merangkumi aspek dekorasi, perabot, konsep dan pilihan menu.

Standard untuk kafe di area Bangsar dan di Kuala Lumpur memang agak mahal harganya. Apa yang penting ukurlah baju anda di badan sendiri. Pada kami kalau makanannya sedap, kami tidak kisah untuk berbayar lebih.

Sumber Berita: mStar Online

 

 


Comments are closed.

Loading...