December 31st, 2018

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengeluh harga makanan naik  dan mengaitkannya dengan cukai SST. Kadang-kadang, sampai terbantut hasrat untuk makan luar bersama keluarga tercinta gara-gara isu tersebut.

Bukan ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi disebalik segala rungutan itu, kadang-kadang kita kena fikir logik. SST bukannya faktor tunggal harga barangan naik. Dalam sesuatu perniagaan, kos operasi yang meningkat juga dilihat antara punca peniaga terpaksa menaikkan harga barangan.

Advertisement

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa pengenalan cukai SST akan menyebabkan ramai pengusaha makanan terutamanya, mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka. Tetapi, fikirkan seketika.

48997415-10155792137375952-3956094204546908160-o

Contohnya macam kes viral KFC baru-baru ini dimana ada netizen meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana harga sudah naik. (Snack plate daripada RM 12.30 ke RM 15.30 dan Dinner Plate RM 15.60 ke RM 19.60)

Ramai yang terus percaya bulat-bulat ianya disebabkan SST dan tidak fikir dengan lebih mendalam tentang kos operasi syarikat itu sendiri. Kos operasi untuk pengetahuan anda merangkumi pelbagai aspek, daripada harga bahan mentah sehinggalah gaji pekerja dan termasuklah juga kadar inflasi yang tinggi.

Berikutan itu, sedikit penyelarasan harga harus dilakukan agar dapat menjamin kualiti makanan yang disajikan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.  Menu juga telah disusun secara spesifik untuk memberi pilihan harga berdasarkan keperluan pelanggan yang berbeza-beza, terutamanya dari segi “bajet”.

Advertisement

Whats-App-Image-2018-11-13-at-19-05-29

value-bowls-en
Namun, hidangan ataupun makanan favorite rakyat Malaysia seperti Cheezy Wedges yang berharga RM5.90 dan Value Bowls yang cuma berharga serendah RM3.90, masih mengekalkan harga asal mereka.

Tidak dapat dinafikan, kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk bersuara.  Namun, kita juga perlu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang asas operasi sesebuah perniagaan dan impak sistem pencukaian yang diguna pakai. Secara hakikatnya, pengenalan cukai SST telah melahirkan pelbagai jenis pendapat yang positif dan negatif. Pendapat anda memang berbeza tetapi fakta mengenai SST perlu dfahami supaya anda dan juga seluruh rakyat Malaysia mendapat pengetahuan yang menyeluruh. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.



Advertisement

41 responses to “Harga Makanan Naik, Apa Pendapat Anda?”

  1. Siti says:

    Tu la..dulu masa kerajaan sblm ni laksanakan GST..mcm2 dikatanya..
    Ha..skrg rasa la..

  2. hmm says:

    KFC taja maharaja lawak, bayar retis tu igt guna duit 1mdb?

    mcd bayar fattzura ingat guna duit tabung haji?

  3. Jilat jari says:

    Barang yg Naik atau Mahal x muhasabah…tlg jgn beli,beli bila ada keperluan jer…pandailh adjust duit kita punya kan…lg2 kfc ni bknnya elok sgt fast food…goreng sendiri jelh…

  4. joyah says:

    pendapat saya, neng yatimah yg harus dipersalahkan sebab dia suka berak tepi jalan

  5. Anonymous says:

    skrg ni mmg dah terbukti bercakap tu lbh mudah dr melaksanakan..pung pang pung pang tenuk pn blh terbang la bagai..last2 ape jd..kite rakyat bawahan ni yg makin miskin..yg ats2 tetap makin kaya dan mengkayakan anak pinak memasing..moralnye..bersederhana dlm semua hal..nk sokong memana tu hak masing2..tp jgn sampai nk menghukum dan memaki hamun yg xsealiran ngan kite..wujud ke pemimpin yg ikhlas nk berkhidmat dan menolong rakyat..nmpk gayanye ramai nk jd pemimpin utk rkyat bantu die jd kaya..

    • Anonymous says:

      ye ckp mmg mudah. Laksanakan mmg payah.
      Tpi satu je nk ckp, mmg barang naik skrg.

      Ksut hitam anak sekolah pun yg paling murah aku tgok 17.00 selepas offer di Aeon, lambat sikit je , x ada saiz..mgkn org beli 2 psg utk 1 anak. Selebihnya RM30 ke atas, mmg lah kasut putih boleh lagi pakai, tpi tahu jelah..hitam itu selesa…(tapi berat sikit).

      kalau nk yg ringan ada le..mahal le.

      nak yg lagi murah kasut hitam tu..ada di TEsco saya nampak rm25.00 sepsg, tpi kalau kena hujan bila basah, 1 minit boleh kering.

Loading...