Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Harga Makanan Naik, Apa Pendapat Anda?

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengeluh harga makanan naik  dan mengaitkannya dengan cukai SST. Kadang-kadang, sampai terbantut hasrat untuk makan luar bersama keluarga tercinta gara-gara isu tersebut.

Advertisement

Bukan ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi disebalik segala rungutan itu, kadang-kadang kita kena fikir logik. SST bukannya faktor tunggal harga barangan naik. Dalam sesuatu perniagaan, kos operasi yang meningkat juga dilihat antara punca peniaga terpaksa menaikkan harga barangan.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa pengenalan cukai SST akan menyebabkan ramai pengusaha makanan terutamanya, mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka. Tetapi, fikirkan seketika.

48997415-10155792137375952-3956094204546908160-o

Contohnya macam kes viral KFC baru-baru ini dimana ada netizen meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana harga sudah naik. (Snack plate daripada RM 12.30 ke RM 15.30 dan Dinner Plate RM 15.60 ke RM 19.60)

Advertisement

Ramai yang terus percaya bulat-bulat ianya disebabkan SST dan tidak fikir dengan lebih mendalam tentang kos operasi syarikat itu sendiri. Kos operasi untuk pengetahuan anda merangkumi pelbagai aspek, daripada harga bahan mentah sehinggalah gaji pekerja dan termasuklah juga kadar inflasi yang tinggi.

Berikutan itu, sedikit penyelarasan harga harus dilakukan agar dapat menjamin kualiti makanan yang disajikan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.  Menu juga telah disusun secara spesifik untuk memberi pilihan harga berdasarkan keperluan pelanggan yang berbeza-beza, terutamanya dari segi “bajet”.

Whats-App-Image-2018-11-13-at-19-05-29

value-bowls-en
Namun, hidangan ataupun makanan favorite rakyat Malaysia seperti Cheezy Wedges yang berharga RM5.90 dan Value Bowls yang cuma berharga serendah RM3.90, masih mengekalkan harga asal mereka.

Tidak dapat dinafikan, kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk bersuara.  Namun, kita juga perlu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang asas operasi sesebuah perniagaan dan impak sistem pencukaian yang diguna pakai. Secara hakikatnya, pengenalan cukai SST telah melahirkan pelbagai jenis pendapat yang positif dan negatif. Pendapat anda memang berbeza tetapi fakta mengenai SST perlu dfahami supaya anda dan juga seluruh rakyat Malaysia mendapat pengetahuan yang menyeluruh. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

41 Comments

  1. Stupidyou

    December 31, 2018 at 2:29 pm

    Pelik.. hrg makanan or barangan naik skit.. rm2 3 rggt pn asyk kecoh.. tp stiap bln melancong pegi luar negara ok plak.. utk jln2 x ksh dt byk klr.. tp utk sndr makan naik 20 30 sen or bbrp rggt dh rs mcm d tindas, krjaan melampau dan sebagainya..
    Typical malysian especially malay..

    • Yekeni

      December 31, 2018 at 3:15 pm

      If u r talking about those yg berkemampuan, of courselah tak kisah harga barang naik. I pun tak tahu sangat harga barang dapur ni coz i cook once in a blue moon. I just pick what i need and pay. But for those yg perpendapatan rendah, yes it’s a big deal. Not everyone melancong monthly. Don’t speak for the well to do. They hv no probs. Put urself in the shoes of those yg nak cukup makan pun terkial2.

  2. Anonymous

    December 31, 2018 at 2:09 pm

    boikot kfc jelah.
    Kita makan uncle jack punya ayam.
    Kalu uncle jack mahal juga..apa kata beli tepong bistari yg pedas tu, gorenglah dgn tepung tu.
    Macm mana nak bagi ranggup ..tpi terpung tu mmg ranggupdah.
    sini resepinya.
    1. ayam sekor potong 12 tu..ada bsr2 sikitlah.
    2. Minyak masak alif atau saji.
    3. Tepung bistari pedas.

    Cara masak.
    1. Gaulkan ayam dgn tepung tu agak2 la jgn cair sgt.(jgn letak garam, sbb tepung tu sudah bergaram).
    2. Masukkan ayam dlm kuali ..tetapi jgn lupa taburkan sikit serbuk tepung bistari tu lagi anggaran dlm 3 sudu, supaya nnti ayam tu akan nampak cantik dan ranggup bila masak.
    3. Masa mengoreng kecilkan api dan tutup dg tutup periuk. Supaya ayam masak di dalam. Masak sekata.
    4. Sedap tau, saya selalu msk leher ayam mcm tu, sodap.

  3. Anonymous

    December 31, 2018 at 1:35 pm

    bla bla blaaaa………………………bkn kfc je…barang lain pn naikkkkkk…..naik tak agak2…Malaysia baruuuuu…

  4. Anonymous

    December 31, 2018 at 1:18 pm

    mmg nyata naik lepas SST. Dulu 2.99 sen sekilo tomato fresh yg longgok…skrg 3.99.
    Bwg merah sekilo dulu 1.29 sen atau 1.49 sen dan sekrg 2.99 dkt supermarket.

    Kalau kedai biasa lagi lah..sekilo terkejut berok den.

  5. bukan pelahap dedak macam gang ko

    December 31, 2018 at 12:36 pm

    x payah nak salahkan gomen. sedangkan puak2 macai dedak pun pakat2 nak masuk PH…hahahahaak…tuih.

Loading...
To Top