December 31st, 2018

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mengeluh harga makanan naik  dan mengaitkannya dengan cukai SST. Kadang-kadang, sampai terbantut hasrat untuk makan luar bersama keluarga tercinta gara-gara isu tersebut.

Bukan ingin menyebelahi mana-mana pihak, tetapi disebalik segala rungutan itu, kadang-kadang kita kena fikir logik. SST bukannya faktor tunggal harga barangan naik. Dalam sesuatu perniagaan, kos operasi yang meningkat juga dilihat antara punca peniaga terpaksa menaikkan harga barangan.

Advertisement

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa pengenalan cukai SST akan menyebabkan ramai pengusaha makanan terutamanya, mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan mereka. Tetapi, fikirkan seketika.

48997415-10155792137375952-3956094204546908160-o

Contohnya macam kes viral KFC baru-baru ini dimana ada netizen meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana harga sudah naik. (Snack plate daripada RM 12.30 ke RM 15.30 dan Dinner Plate RM 15.60 ke RM 19.60)

Ramai yang terus percaya bulat-bulat ianya disebabkan SST dan tidak fikir dengan lebih mendalam tentang kos operasi syarikat itu sendiri. Kos operasi untuk pengetahuan anda merangkumi pelbagai aspek, daripada harga bahan mentah sehinggalah gaji pekerja dan termasuklah juga kadar inflasi yang tinggi.

Berikutan itu, sedikit penyelarasan harga harus dilakukan agar dapat menjamin kualiti makanan yang disajikan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelanggan.  Menu juga telah disusun secara spesifik untuk memberi pilihan harga berdasarkan keperluan pelanggan yang berbeza-beza, terutamanya dari segi “bajet”.

Advertisement

Whats-App-Image-2018-11-13-at-19-05-29

value-bowls-en
Namun, hidangan ataupun makanan favorite rakyat Malaysia seperti Cheezy Wedges yang berharga RM5.90 dan Value Bowls yang cuma berharga serendah RM3.90, masih mengekalkan harga asal mereka.

Tidak dapat dinafikan, kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk bersuara.  Namun, kita juga perlu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang asas operasi sesebuah perniagaan dan impak sistem pencukaian yang diguna pakai. Secara hakikatnya, pengenalan cukai SST telah melahirkan pelbagai jenis pendapat yang positif dan negatif. Pendapat anda memang berbeza tetapi fakta mengenai SST perlu dfahami supaya anda dan juga seluruh rakyat Malaysia mendapat pengetahuan yang menyeluruh. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.



Advertisement

41 responses to “Harga Makanan Naik, Apa Pendapat Anda?”

  1. KECEWA says:

    masalahnya paling babi,cakap minyak turun tahun baru,tengok2 rm2.20 lagi,ahh menatang mahafiraun betul,menyesal aku undi ph,sembang dia bukan babi je blh terbang,dajal datang malaysia pun blh sembah diorang ni

Loading...