Harga Makanan Dijangka Naik Hingga 50%, Peniaga Tertekan Kesan Kenaikan Minyak

Kehidupan

Harga Makanan Dijangka Naik Hingga 50%, Peniaga Tertekan Kesan Kenaikan Minyak

Kenaikan harga makanan di Malaysia dijangka terus meningkat sehingga 50 peratus susulan kenaikan harga minyak yang berlaku ketika ini.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, peningkatan tersebut berpunca daripada kenaikan kos bahan mentah serta barangan asas di pasaran, yang turut dipengaruhi kos pengangkutan dan penghantaran.

Advertisement

roslu

Menurut beliau, kebanyakan proses penghantaran menggunakan kenderaan diesel, sekali gus menyebabkan rantaian kos menjadi lebih tinggi.

“Sebelum harga minyak naik, sudah berlaku kenaikan harga kira-kira 20 hingga 30 peratus dan selepas ini kita tidak menolak kemungkinan boleh naik lagi sehingga 50 peratus.”

Beliau turut menjelaskan bahawa ramai peniaga kini berdepan kesukaran apabila harga bahan semakin mahal, sekali gus memaksa mereka mengurangkan jumlah pembelian daripada pembekal.

tapau makanan

“Kebanyakan peniaga mendakwa terpaksa mengurangkan kuantiti barangan diambil daripada pengeluar atau pemborong kerana harga yang tinggi, selain permintaan di pasaran juga semakin rendah disebabkan pelanggan kurang membeli apabila harga naik.”

Tambahnya lagi, peniaga tidak mempunyai banyak pilihan selain menaikkan harga jualan bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat, walaupun margin keuntungan menjadi semakin kecil.

“Peniaga bila kos tinggi dan tidak dapat untung terpaksa menaikkan harga jualan walaupun hanya dengan sedikit untung. Jadi yang terkesan sudah tentulah peniaga kecil, penjaja dan rakyat,” katanya.

Situasi ini dijangka memberi kesan besar kepada pengguna, khususnya golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berdepan kenaikan harga makanan secara berterusan. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ron 95
2026-03-27 18:03:18

Luahan Golongan Rentan Terhadap Pengurangan BUDI95 - "Saya Kecewa.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...