“Harga Khemah RM2K Hingga RM3.5K..” – Harga Tapak Niaga Di ‘Uptown’ Senawang Cecah RM17K, Risau Ada Yang Kaut Untung

Kehidupan

“Harga Khemah RM2K Hingga RM3.5K..” – Harga Tapak Niaga Di ‘Uptown’ Senawang Cecah RM17K, Risau Ada Yang Kaut Untung

Sudah menjadi kebiasaan bagi para peniaga menyewa tapak untuk berniaga di bazar Ramadan menjelang bulan puasa ini. Namun begitu, orang ramai terkejut apabila didedahkan tapak khemah yang disewakan kepada peniaga kali ini menceceah hingga RM17,000.

Harga ‘cekik darah’

Difahamkan harga biasa yang ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) adalah sekitar RM2k hingga Rm3.5K. Namun, harga baru yang mencecah RM17K tersebut telah ditetapkan untuk tapak khemah yang diletakkan di bahagian hadapan.

Advertisement

Selain itu, peniaga yang berminat perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga tersebut manakala baki 50 peratus lagi perlu diselesaikan pada Ramadan pertama.

Ketika penganjur membuat permohonan permit tapak bazar itu mereka telah maklumkan harga tawaran sewaan tapak khemah masing-masing dan sekiranya MBS bersetuju, baru kita luluskan.

 

Yang saya difahamkan harga mengikut saiz khemah antara RM2K hingga RM3.5K, tapi harga sampai RM17K ini memang tak sepatutnya.

pasar malam

Pihak ketiga ingin untung

Menurut sumber, Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali juga berkata kemungkinan harga itu ditawarkan oleh pihak ketiga yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah. Dia juga menasihatkan peniaga agar terus berhubung dengan penganjur bagi mengelakkan sebarang penipuan dan salah faham ketika berurusan.

Sekiranya harga ditawarkan terlampau tinggi, buat aduan pada MBS supaya kita boleh siasat dan kalau pihak itu kata dia wakil penganjur, minta segala butiran.

 

Mungkin ada yang dapat daripada penganjur, kemudian jual pada orang lain kerana isu pihak ketiga ini sememangnya berlaku bukan saja di Negeri Sembilan tetapi juga negeri-negeri lain.

bazar

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

foof fest
2 months ago

"Buatnya Anak Kau Nak Makanan Viral.." - Harga Makanan Di 'Food Festival' Terlampau Mahal, Orang Ramai Tak Puas Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...