Harga Kereta Proton Naik, Berkuatkuasa 15 Februari Ini

Trending

Harga Kereta Proton Naik, Berkuatkuasa 15 Februari Ini

proton

Pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Berhad (Proton) akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikan harga semua model kereta keluaran Proton, berkuat kuasa mulai 15 Februari 2016.

Advertisement

Langkah ini akan menyaksikan kenaikan masing-masing sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 yang bergantung kepada varian model tertentu, menurut Proton dalam satu kenyataan media pada 1 Februari 2016.

Kenaikan tersebut sejajar dengan kesan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berikutan kebanyakan bahan mentah untuk pembuatan kereta berkenaan adalah dibeli dalam mata wang asing.

Penyusutan kadar tukaran ringgit sepanjang tahun lalu turut banyak memberi kesan besar kepada kos operasi syarikat tersebut sekali gus impak keseluruhan rantaian eko-sistem, kata kenyataan Proton itu lagi.

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat berusaha keras dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.

Stesen penyiaran milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia berkata, senarai penuh semakan semula harga tersebut akan dinyatakan menerusi laman web Proton apabila harga baharu mula berkuat kuasa.

Sumber : mynewshub.cc

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...