Harga Kasut Dah Macam Harga MyVi, Ini Sebab MK K-Clique Bungkus Kasut Dengan Plastik

Hiburan

Harga Kasut Dah Macam Harga MyVi, Ini Sebab MK K-Clique Bungkus Kasut Dengan Plastik

Tak perlu diperkenalkan lagi, MK daripada kumpulan K-Clique pasti sudah dikenali ramai terutamanya di kalangan peminat wanita.

MK K-CliqueSumber : Instagram MK K-Clique  

Baru-baru ini dia kembali mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah rakaman video pendek di laman Instagram tentang cara melindungi kasut kesayangan daripada basah terkena hujan.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, MK dilihat telah membungkus kasutnya dengan menggunakan plastik berwarna putih.

View this post on Instagram

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Namun, yang lebih mencuri perhatian netizen apabila ada di antara peminat telah mendedahkan harga sebenar kasut yang digayakan MK pada ketika itu.

Meninjau ruangan komen, ada peminat membongkar bahawa harga kasut berjenama mewah Nike Dior x Air Jordan itu sebenarnya mencecah harga lebih daripada RM40,000 sepasang.

View this post on Instagram

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Ada juga antara pengikut media sosial MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan ini tampil berseloroh dengan mengatakan harga sepasang kasut itu sudah menyerupai harga sebuah kereta berjenama MyVi.

“Uish MyVi kat kasut tu.Hahahaha..” tulis seorang pengikut MK di Instagram.

KomenSumber : Instagram MK K-Clique  
KomenSumber : Instagram MK K-Clique  

Hasil carian BeautifulNara juga mendapati kasut berjenama mewah itu mempunyai pelbagai jenis dan varian harga namun kesemuanya bermula daripada puluhan ribu ringgit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...