Para pengguna perkhidmatan jalur lebar di Malaysia akan menikmati penurunan harga sehingga 56%.
Ya! Anda boleh melayari internet dengan bayaran yang lebih murah berbanding sebelumnya. Ini berikutan pengumuman yang dikeluarkan oleh empat syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan harga pakej jalur lebar tetap mereka.
Suruhanjaya Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia telah melaksanakan Harga Akses Standard Mandatori (MSAP) sekaligus menjadi salah satu faktor Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) and Celcom membuat pengumuman tentang penurunan harga tersebut.
Berita penurunan harga ini memang sangat menggembirakan, tetapi ia masih tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi majoriti rakyat Malaysia.
Kerajaan mengarahkan untuk menurunkan harga pakej jalur lebar dan menaikkan kelajuan internet. Tetapi seperti yang kita tahu, jalur lebar seperti TM Unifi, Maxis Home Broadband mahupun Time Broadband hanya terdapat di bandar-bandar utama di Malaysia.
Pada tahun 2017, satu kajian terhadap lebih 3,351 pakej jalur lebar di seluruh dunia oleh kaunter penyelidikan pasaran BDRC Continental dan platform perbandingan perkhidmatan Internet Cable.co.uk, menunjukkan rakyat Malaysia membayar lebih tinggi dari segi kelajuan berbanding negara-negara di Asia Tenggara.
Menurut Global Index yang dilakukan oleh Speedtest.net, Malaysia berada di tangga ke 54 untuk internet jalur lebar dengan kelajuan muat turun sebanyak 31.32 Mbps dan kelajuan muat naik sebanyak 19.88 Mbps.
Keluasan liputan jalur lebar adalah berbeza bagi setiap negara. Kekurangan persaingan dalam pasaran talian tetap jalur lebar kelajuan tinggi di Malaysia menjadi penyumbang kepada liputan yang rendah dan hala tuju yang terhad di negara ini.
Menurut Bank Negara, kedudukan Telekom Malaysia Bhd (TM) yang dominan, mengawal 92 peratus langganan jalur lebar tetap di Malaysia antara punca menjadikan pasaran Malaysia lebih tepu berbanding negara lain di ASEAN.
Sementara itu, dasar kebangsaan dan pengaturan peringkat negeri yang berbeza untuk penempatan rangkaian menjadi salah satu faktor penyumbang kepada masalah liputan internet jalur lebar di Malaysia.
Secara logik, memang susah untuk memastikan setiap kawasan di Malaysia mendapat liputan jalur lebar yang baik.
Sumber:Soyacincau
Penambah baikkan internet jalur lebar di Malaysia memerlukan kerjasama antara pihak kerajaan bersama syarikat telko.
Diharap dengan penurunan harga ini seiring dengan peningkatan rangkaian dan infrastruktur jalur lebar di negara kita.
Jadi, bagaimana pula pendapat anda tentang rangkaian jalur lebar di Malaysia?
Sumber: The Star, Berita Harian.