Harga iPhone Dijangka Cecah RM10,000 Susulan Tarif Baharu Amerika Syarikat Ke Atas China

Teknologi

Harga iPhone Dijangka Cecah RM10,000 Susulan Tarif Baharu Amerika Syarikat Ke Atas China

Harga peranti popular keluaran Apple, khususnya iPhone, dijangka mengalami lonjakan ketara sehingga mencecah RM10,000 susulan pengumuman tarif baharu oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Trump baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan dasar tarif balas (reciprocal tariff), yang menyasarkan negara-negara yang didakwa mengenakan halangan perdagangan tidak adil terhadap produk Amerika Syarikat, termasuk Malaysia. Menurut laporan The Edge, mulai 9 April, barangan dari Malaysia yang memasuki pasaran AS akan dikenakan cukai import sebanyak 24%.

Advertisement

Dalam masa yang sama, China – sebagai lokasi utama pengilangan iPhone – turut dikenakan tarif sebanyak 54%. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kos pengeluaran peranti tersebut.

Menurut Malay Mail, kenaikan kos akibat tarif baharu ini boleh menyebabkan harga iPhone meningkat sehingga 43% daripada harga asal.

Sebagai contoh, model asas iPhone 16 yang kini dijual pada harga sekitar USD799 (RM3,530) mungkin meningkat kepada USD1,142 (RM5,067). Manakala model iPhone 16 Pro Max dengan storan 1TB yang kini berharga USD1,599 (RM7,061) dijangka melonjak kepada USD2,300 (sekitar RM10,205) jika kadar kenaikan 43% itu menjadi kenyataan.

Apple setakat ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kesan tarif tersebut terhadap harga produk mereka.

Buat masa ini, analisis ini adalah berdasarkan unjuran awal pakar ekonomi dan belum disahkan secara rasmi oleh Apple atau kerajaan terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

Pengguna Android Boleh 'Share Location' Menerusi Aplikasi Google Find My Device

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malay Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...