Syarikat Apple mengeluarkan model Iphone 5 pada tahun 2012 dan selepas lapan tahun model iPhone ini kembali menjadi rebutan ramai. Ini sekali gus meletakkan harga iPhone 5 sekarang setanding dengan harga model iPhone yang terbaru di pasaran. Harga pembelian iPhone 5 telah melonjak naik melebihi harga jualan ketika dilancarkan.
Menerusi carian di laman Ebay, harga iPhone 5 dijual sekitar harga $300 (~RM1,294.50) hingga $800 (~RM3,452.00).
Harga tersebut diletakkan berdasarkan keadaan iPhone 5 tersebut. Harga yang ditawarkan adalah sangat tinggi berbanding harga iPhone 5 yang mula diperkenalkan bermula daripada RM2,199 sahaja.
Kenaikan harga model iPhone yang melambung tinggi ini dipercayai kerana iPhone 5 adalah model terakhir yang menggunakan iOS 6. Di mana iOS 6 mempunyai interface yang klasik berbanding versi iOS yang sedia ada sekarang ini.
Para peminat dan pengumpul model iPhone pastinya tidak akan melepaskan peluang ini untuk berbelanja besar dan mendapatkan model yang kini dianggap ‘rare’. Penjualan model ini tertakluk kepada iPhone 5 yang masih menggunakan iOS 6.
Berikut harga yang ditawarkan di eBay bagi sebuah iPhone 5 dengan iOS 6. Jika dilihat, harga jualan sekitar $200 hingga $800 untuk sebuah dan ia sangat tinggi.
jual
Kerana itulah saya meminta mana-mana pengguna iPhone 5 dengan iOS 6 agar menjual di eBay dengan harga yang tinggi. pic.twitter.com/LhyuVE0Mba— Xavier Naxa (@XavierNaxa) May 4, 2020
Pengguna iPhone 5 yang sudah mengemas kini iOS kepada versi yang lebih tinggi, mereka sudah terlepas peluang untuk menjual telefon mereka dengan harga yang tinggi. iPhone 5 yang dipasang dengan iOS 6 akan menjadi sesuatu yang sukar diperolehi selepas ini.
Terdapat juga desas-desus yang mengatakan harga iPhone 12 bakal ditawarkan bermula harga serendah RM2,749 sahaja.