Harga Buku Bermula RM0.50 Sen, Utusan Jalankan Jualan Gudang Untuk Kali Terakhir

Trending

Harga Buku Bermula RM0.50 Sen, Utusan Jalankan Jualan Gudang Untuk Kali Terakhir

Seperti yang diketahui semua, syarikat akhbar Utusan Malaysia Berhad telah menamatkan operasi mereka pada Oktober lalu. Penutupan syarikat ini dikatakan kerana masalah kewangan yang dihadapi mereka sejak sekian lamanya.

Baca: Utusan Dan Kosmo Bakal Menamatkan Operasi Hari Ini

Advertisement

Terkini, satu jualan tutup gudang dijalankan untuk menjual kesemua naskah buku yang pernah diterbitkan di bawah syarikat itu. Yang menariknya, semua buku ditawarkan dengan harga yang sangat rendah bermula pada harga RM0.50 sen sahaja.

jualan tutup gudang utusan

Terletak di lokasi Taman Shamelin Perkasa, Cheras, jualan ini akan berlangsung sehingga ke penghujung tahun pada 31 Disember ini. Pengunjung juga dinasihatkan untuk membawa beg atau kotak sendiri untuk membeli buku-buku di sana.

“Ada 3-4 orang sahaja pekerja di gudang ini. So don’t expect a pesta buku hospitality.”


Oleh kerana ini adalah jualan tutup gudang, tidak ramai pekerja yang berada di sana untuk membantu pengunjung. Ini kerana motif utama jualan ini hanyalah untuk mengosongkan gudang untuk naskah terbitan Utusan buat kali terakhir.

Disebabkan masalah kewangan yang dialami syarikat Utusan, lebih 800 pekerja mereka kehilangan sumber pendapatan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Foto) 800 Pekerja Utusan Kosongkan Pejabat Bikin Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...