Kebanyakan golongan wanita khususnya suri rumah gemar untuk menyimpan tanaman hias di rumah. Lagi-lagi sejak kebelakangan ini tanaman hias seperti bunga keladi menjadi tarikan kerana harganya yang tinggi di pasaran.
Memetik laporan Harian Metro, keladi hias dari spesis caladium yang mempunyai pelbagai corak dan warna daun menjadi tumpuan dan sasaran pencuri sejak akhir-akhir ini.
Menurut salah seorang penduduk Penduduk Taman Desa Gemilang, Jerantut, dia memiliki 30 buah pasu keladi hias yang diletakkan di halaman rumahnya.
Dia menjadi mangsa kecurian apabila keladi hias yang ditanamnya di dalam pasu besar telah dicuri.
Berikutan ada peniaga yang menjual tanaman hias ini secara online sehingga boleh mencecah RM 1500 untuk sepasu keladi menyebabkan ianya tular di media sosial.
Ramai golongan wanita yang menyimpan koleksi keladi hias ini dan menyebabkan harga untuk sepasu keladi hias ini menjadi tinggi kerana permintaan yang mendadak.
Pada kebiasaanya, pencuri akan memilih koleksi keladi hias yang berharga RM 200 hingga RM 300 sepasu kerana ianya mudah dijual.
Peminat tanaman hias khususnya keladi hias dinasihatkan untuk berjaga-jaga dan berwaspada kerana tanaman ini menjadi tumpuan pencuri.