Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Harga Barang Terlalu Murah, Netizen Bimbang Ramai Ambil Kesempatan Terhadap Pasaraya Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dilaporkan bakal membuka pasaraya miliknya sendiri dalam masa terdekat. Difahamkan, terdapat lebih kurang 10 cawangan pasar raya di sekitar Lembah Klang itu akan dibuka pada 18 Julai ini.

Advertisement

Dan baru-baru ini juga Ebit Lew turut berkongsi mengenai harga barangan sempena pembukaan rasmi di setiap cawangan. Yang menjadi perhatian adalah harga yang ditawarkan sangat murah dengan harga di pasaraya yang lain.

Yang pastinya, netizen teruja menantikan pembukaan pasaraya Elewsmart kerana ada harga barangan yang ditawarkan serendah 10 sen!

Walau bagaimanapun, dalam pada itu, ada juga warga maya yang prihatin dan bimbang kerana menurut mereka, pasti ada golongan yang mengambil kesempatan. Misalnya, membeli barangan yang dijual murah dalam kuantiti yang banyak kemudian menjualnya dengan harga lebih murah kepada orang ramai.

Advertisement

Justeru itu, ramai yang telah meminta Ustaz Ebit Lew supaya lebih berhati-hati dan menetapkan syarat seperti pembelian terhad dan sebagainya.

Ada juga yang memberi cadangan supaya Ustaz Ebit Lew memberikan lebih keistimewaan kepada pelanggan bergolongan asnaf, JKM dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Apa-apa pun, ramai yang telah menyambut baik usaha Ebit Lew yang telah membuka pasaraya dengan menawatrkan barangan dengan harga lebih murah. Semoga Ustaz Ebit Lew terus maju dalam perniagaan dan dimurahkan rezeki supaya dapat terus membantu golongan yang memerlukan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Maulana Kelana

    July 13, 2020 at 9:42 am

    Ustaz Cina mempunyai agenda yg sangat mulia, menaikan taraf ekonomi malaysia, memberi peluang pekerjaan kepada pengaggur, buat kebajikan untuk yg susah, berdakwah secara halus dan tarik lebih dekat orang untuk memahami islam. Oleh sebab tu rezeki sentiasa murah dan barakah

    Ustaz melayu yang sentiasa layu hanya berfikir macam mana nak tambah bini, buat anak tapi tak betranggung jawab, batu api asyik cucuk pecah belah orang, judgmental semua orang salah berdosa tapi kalau bab bab mereka semua halal pasti masuk syurga. Dan tak habis habis nak check jantina Sajat.

    • Anonymous

      July 13, 2020 at 11:34 am

      Cina otak business itu biasa bab tu maju & kaya

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top