Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Tutup Perniagaan Secara Rasmi Selepas 5 Tahun Beroperasi

COVID-19

Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Tutup Perniagaan Secara Rasmi Selepas 5 Tahun Beroperasi

COVID-19 bukan sahaja memberikan kesan kepada kesihatan tetapi turut menjejaskan ekonomi dunia. Kebelakangan ini puluhan hotel di Malaysia dilaporkan terpaksa ditutup akibat krisis ekonomi yang berlaku. Hard Rock Cafe Kota Kinabalu, Sabah turut mengalami nasib yang sama.

Kafe ini dibuka pada 1 April 2015 bertempat di Oceanus Waterfront Mall dan telah mengumumkan penutupan perniagaannya secara rasmi pada 30 April lalu.

Advertisement

sumber : Sayang Sabah

Pada mulanya, penutupan ini adalah bagi mematuhi arahan kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19. Namun, kafe ini mengumumkan tidak lagi akan dibuka selepas tamat tempoh PKP nanti.

Pihak Hard Rock International (HRI) turut memberikan ucapan terima kasih kepada para pengunjung yang pernah ke cawangan mereka di Kota Kinabalu ini.

Sebuah posting di Twitter Sabah Netizen, memaparkan dua keping gambar yang menunjukkan pekerja sedang menurunkan signboard rasmi Hard Rock Cafe di premis itu.

Selepas penutupan cawangan Hard Rock Cafe di Kota Kinabalu, Malaysia kini cuma mempunyai tiga cawangan Hard Rock Cafe yang bertempat di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...