Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Harapkan Balasan, Uqasha Senrose Terkilan Sikap Peniaga Beri Makanan Tidak Ikhlas

Melihat kepada sikap segelintir peniaga yang menghantar makanan kepadanya untuk dirasai bagai tidak ikhlas, pelakon Uqasha Senrose luah rasa tidak senang hati terhadap perkara tersebut.

uqasha senrose review makanan tak ikhlas

Advertisement

Menurut Uqasha, pemberian itu diterimanya seikhlas hati namun perasaan itu seakan berubah selepas dirinya dikhabarkan seperti diasak untuk segera kongsikan perihal berkenaan di laman sosialnya.

“Sebagai balasan kita akan tolong kongsi, tolong war-warkan kepada ramai orang. Kita ikhlas nak buat dan jadi lagi gembira apabila dapat kongsi rezeki tanpa disuruh.”

Berikutan perkara itu, Uqasha yang lambat berkongsi disebabkan tuntutan kerja lain yang perlu diselesaikan dahulu disoal pelbagai macam soalan daripada pemberi terbabit. Sehingga dirinya berasa bagai dipaksa melakukan perkara berkenaan.

uqasha senrose review makanan tak ikhlas

“Bila nak ‘post’, bila nak ‘tagged’ makanan itu.”

Advertisement

Ujar Uqasha lagi, beliau merasakan pemberian itu tidak lagi ikhlas kerana pemberi berkenaan terlalu mengharapkan balasan daripadanya. Malah, beliau juga akui perasaan ikhlas itu makin terhakis dalam dirinya selepas kejadian seperti ini berlaku.

“Mula-mula itu ikhlas terima tapi dah jadi macam ni perasaan dah berubah.”

Luahan itu dikongsi Uqasha di ruangan Instagram Stories tempoh hari. Tambah kakak kepada pelakon jelita Nelydia Senrose ini, beliau juga difahamkan telah menerangkan situasi sebenar pada pihak berkenaan namun dimarahi kembali dan menyifatkan pelakon tersebut seperti seorang yang rumit dan susah untuk bertolak ansur.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    June 9, 2020 at 4:56 pm

    Poyolah..nak mkn free je..support la ckit org tu niaga ..bkn susah pn

    • Sengal

      June 9, 2020 at 5:19 pm

      wei bukan dia mintaklah food free tu! Nk review bayarlah!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama